Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : 1. perbuatan memestikan (orang me­lakukan sesuatu dll); kahwin ~ kahwin tidak dgn suka hati sendiri (kerana desakan, ugutan, dll); kerja ~ kerja tidak dgn kemahuan sendiri (kerana hukuman); 2. kekerasan, tekanan, dll; dgn ~ dgn kekerasan; memaksa memestikan (dilakukan sesuatu), menyuruh dgn paksa: aku tidak ~ engkau mendengar nasihatku; memaksa-maksa meminta dgn sangat, mendesak; memaksakan menyorongkan (menganjur­kan, memberikan, dll): pendapat yg baik tidak payah dipaksakan kpd orang; terpaksa dipaksa, mesti, tidak boleh tidak: mahu tidak mahu, kami ~ bermalam di situ; paksaan 1. paksa, desakan kuat, kekerasan: ~ utk bekerja bagi kepentingan kaum kapitalis tidak ada; tiga setengah tahun lamanya kita menderita ~ dan kekejaman Jepun; 2. yg dipaksa; keterpaksaan keadaan terpaksa: ~ Nila Utama membuang mahkota lambang kekuasaannya ke laut; pemaksaan perihal atau perbuatan memaksa: ia membantah ~ terhadap dirinya; pemaksa orang atau benda yg memaksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : sl masa (waktu, saat) yg baik, peluang (kesempatan) baik: hari ini memang beta mendapat ~; sekali ini ~ tekukurlah mendapat padi rebah; angin ~ angin yg baik (utk bela­yar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : ark bahagian sebelah kiri atau kanan, samping, sisi, belah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : tidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa/.sa] | ڤقسا

Definisi : waktu yg baik; kesempatan baik: angin ~ angin yg baik utk pelayaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
paksa
Kata Terbitan : memaksa, memaksa-maksa, memaksakan, terpaksa, paksaan, pemaksaan,

Puisi
 

Anak raja jalan berpimpin,
     Jalan mari tepi pantai;
Sudah sampai buah bermusim,
     Paksa kelompang dengan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulan terang paksa baik;
     payang ke laut,
balok pun ke laut juga.

Bermaksud :

Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coercive forcedaya paksaFizikNanoteknologiKeadaan daya medan magnet yang diperlukan untuk menghilangkan sisa pemagnetan bahan feromagnet kepada sifar selepas bahan itu dimagnetkan ke tahap tepu. Bahan yang memerlukan daya paksa yang besar disebut sebagai magnet kekal dan terdapat pada nanohablur magnet. Daya paksa dapat digambarkan dalam lengkung histeresis dan diukur dalam unit oersted atau ampere/meter.
compulsory purchasepembelian paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembelian tanah secara wajib oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk maksud merancang menurut kuasa undang-undang perancangan bandar dan pengambilan balik tanah.
forced salejualan paksaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
coerced sexual contacthubungan seksual paksaKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang menggunakan tekanan, bahan terlarang seperti alkohol atau dadah, atau daya untuk melakukan hubungan seksual terhadap mangsa tanpa kerelaaannya. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mendesak mangsa secara berterusan untuk melakukan hubungan seksual walaupun mangsa menolak hubungan tersebut.
non-refoulementtiada penghantaran pulang paksaUndang-undangTiadaAmalan tidak memaksa pelarian atau pencari suaka pulang ke negara asal kerana kemungkinan menghadapi penyeksaan, perlakuan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah, atau bahaya lain yang tidak dapat diselamatkan.
forced sale valuenilai jualan paksaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
compulsory acquisition of landpengambilan balik tanah secara paksaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPengambilan tanah oleh kerajaan daripada tuan punya tanah untuk apa jua maksud dengan dibayar pampasan menurut kuasa undang-undang pengambilan balik tanah.
soft magnetic materialbahan magnet lembutFizikNanoteknologiBahan yang mempunyai daya paksa kecil dan ketakisotropi kecil. Bahan ini mudah dimagnetkan dan dinyahmagnetkan. Bahan magnet lembut digunakan dalam meter gegelung bergerak untuk mengukur arus elektrik. Contohnya, besi.
forced displacementperpindahan terpaksaKependudukanTiadaKeadaan apabila penduduk di sesuatu tempat dipindahkan secara paksa akibat penganiayaan, konflik, keganasan umum atau pelanggaran hak asasi manusia.
12

Kembali ke atas