Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.la.dium] | ڤالاديوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg terdapat semula jadi dlm bijih platinum, emas, dan tem­baga yg digunakan utk membuat aloi, barang kemas, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.la.dium] | ڤالاديوم

Definisi : ist logam putih yg mulur dan dpt ditempa, digunakan sbg mangkin dan dlm pancalogam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paladium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
platinum and paladium catalyticpemangkin platinum dan paladiumKejuruteraan AutomotifEnjinLihat penukar bermangkin.
catalytic convertorpenukar bermangkinKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif seperti platinum, paladium dan rodium. Alat ini berperanan untuk menyingkirkan atau mengurangkan gas ekzos berbahaya melalui proses tindak balas kimia. Pemangkin platinum dan paladium akan merangsang tindak balas pengoksidaan bagi karbon monoksida dan hidrokarbon tidak terbakar yang terdapat dalam gas ekzos kepada air dan karbon dioksida, sementara pemangkin podium bertindak mengurangkan gas nitrogen oksida dan menukarkannya kepada nitrogen dan oksigen. Penukar bermangkin ini biasanya berbentuk silinder bujur. Sinonim pemangkin platinium dan paladium, pemangkin podium.
self-assembled monolayermonolapisan swapasangFizikNanoteknologiPermukaan yang terdiri daripada lapisan tunggal molekul di atas substrat yang disediakan dengan menambahkan larutan bahan molekul yang dikehendaki pada permukaan substrat dan membuang bahan yang terlebih. Penambahan larutan biasanya dilakukan dengan merendam substrat ke dalam larutan tersebut. Contohnya, lapisan alkana tiol di atas pemukaan emas, perak, kuprum, atau paladium.
dual bed catalytic converterpenukar bermangkin batas duaanKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang terbentuk daripada gabungan dua saluran dalam sebuah bekas yang dipasang pada ekzos. Penukar ini berfungsi untuk mengawal dan menyingkirkan gas karbon monoksida, nitrogen oksida dan sebatian hidrokarbon tidak terbakar daripada pancaran ekzos. Proses ini berlaku apabila gas tersebut mengalir melalui dua saluran yang bersalut platinum dan rodium, dan saluran yang bersalut platinum dan paladium.
fuel cellsel bahan apiFizikNanoteknologiAlat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran.

Kembali ke atas