twist-beam suspension | ampaian palang kilas | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sejenis gantungan gandar belakang yang menggunakan sebatang palang yang menyambungkan roda kiri dan kanan. Ampaian palang kilas boleh mengilas apabila roda kiri dan kanan tidak menganjak secara serentak, contohnya apabila sebelah roda melanggar lubang atau ketika kereta berada dalam keadaan mengoleng. |
twist-beam suspension | ampaian palang kilas | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sejenis gantungan gandar belakang yang menggunakan sebatang palang yang menyambungkan roda kiri dan kanan. Ampaian palang kilas boleh mengilas apabila roda kiri dan kanan tidak menganjak secara serentak, contohnya apabila sebelah roda melanggar lubang atau ketika kereta berada dalam keadaan mengoleng. |
metabarcoding | metapengekodan palang | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pengenalpastian secara serentak pelbagai taksa dalam kumpulan organisma yang sama dari sampel persekitaran semula jadi yang sama. Lihat juga pengekodan palang DNA. |
crossbar | palang gol (Bola Sepak) | Sukan | Tiada | Tiada |
bar | batang; palang; beting; bar | Kesenian | Tiada | Kandungan masa di antara dua garis bar. |
DNA barcoding | pengekodan palang DNA | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah pengenalpastian spesies dengan menggunakan kawasan pendek yang khusus dalam DNA dari gen yang tertentu. |
cantilever | kantilever | Fizik | Nanoteknologi | Palang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon. |
International Movement of the Red Cross and the Red Crescent | PBSM | Sains Politik | Tiada | Lihat Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. |
rectilinear motion | gerakan rektilinear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lurus. Contohnya, gerakan lompatan acara palang dalam sukan gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul semasa gerakan ini adalah pada arah yang sama. Sinonim peralihan rektilinear. |
automated identification (AutoID) | pengenalan automatik (AutoID) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Proses pengecaman data secara automatik melalui beberapa teknologi dan peranti seperti pembaca kod palang, pengenalan frekuensi radio (RFID), pembaca jalur magnet dan kad ingatan optik. Contohnya, pengenalan automatik digunakan untuk membuka pintu laluan zon terhad sesebuah hospital yang dikhaskan untuk pegawai perubatan sahaja. Sinonim tangkapan data dan pengenalan automatik (AIDC). |