Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : 1. (yg) teramat, (yg) amat sangat, (yg) ter ...: badan yg ~ berkuasa di negeri ini; mawar yg ~ indah; 2. = sepaling yg satu; paling-paling 1. teramat sangat; 2. sehabis­-habisnya, sehabis banyaknya, sebanyak-banyak­nya, setinggi-tingginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling 1. mengubah arah muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ia ~ ke arah pemuda itu; 2. ki beralih atau bertukar (per­hatian, pandangan, dll): tiba masanya kita ~ kpd soal lain; 3. ki berubah atau bertukar pegangan (fikiran, kesetiaan, dll), berbelot, membelot; ~ haluan a) beralih (berubah) haluan; b) ber­ubah (beralih) pandangan dll; ~ sembah sl derhaka, tidak setia (kpd sultan dll); ~ tadah beralih atau bertukar kesetiaan (pegangan dll); roda yg ~, kuda sudah digerindin prb ke­lihatan sahaja senang hidupnya, tetapi yg se­benarnya susah; tegak ~, duduk berkisar prb berubah (berlainan) drpd apa yg telah dikata­kan atau dijanjikan; memalingkan 1. mengarahkan muka ke kiri (ke kanan, ke belakang): ~ mukanya ke arah lain; 2. memusingkan arah (perahu dll): ~ perahunya; 3. mengubah arah pandangan (fikiran, dsb): tidak sedikit pun tindakan itu ~ mereka drpd agama mereka; ~ muka a) memusingkan (mengalihkan) muka ke kiri (ke kanan, ke belakang); b) sl tidak setia (suka), derhaka; ~ percakapan meng­alihkan percakapan ke arah lain; palingan yg dapat atau senang berpaling (dipalingkan); hati ~ Allah, mata ~ setan = neraca ~ bungkal, hati ~ Tuhan prb fikiran (pendirian dll) seseorang itu boleh beruba-h­ubah; kepalingan (Lin) superlatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : Mn; suling-~ tunggang-langgang; ®suling III. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : tersangat...; teramat...: Dialah yg ~ berani antara kami. paling-paling 1 terlalu sangat; amat sangat; terlampau: Anak ini ~ nakalnya. 2 selebih-lebihnya...; sebanyak-banyaknya...; sehabis banyaknya: ~ dia hanya sanggup memberikan bantuan wang saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pa.ling] | ڤاليڠ

Definisi : ; berpaling mengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot. memalingkan menggerakkan (muka) ke arah lain; mengarahkan (muka) ke kiri ke kanan dsb: Dia ~ mukanya ke arah pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paling

Puisi
 

Kalau tuan mandi telaga,
     Timba air dalamlah pasu;
Pandailah sungguh adik meneka,
     Yang paling tinggi ialah nafsu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classical antiquitybaharian klasikKesusasteraanTiadaKarya sastera klasik yang dianggap paling utama dan paling penting di dunia. Antaranya, Illiad dan Odyssey Homer, Poetics oleh Aristotle, Hamlet oleh Shakespeare, dan Paradise Lost oleh Milton.
hadopelagic zonezon hadopelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma.
bassbesMuzikTiadaTingkat suara utama yang paling rendah. Selain bes, terdapat tiga tingkat suara utama yang lain, iaitu soprano, alto dan tenor. 2.Suara lelaki yang paling rendah dalam karya, muzik koir.
the most recent common ancestor (MRCA)leluhur sama paling terkini (MRCA)BioinformatikBioinformatik MolekulSekumpulan taksa (takson B dan C) yang berkongsi satu nod (leluhur) yang sama. Nod ini mewakili Leluhur Sama Paling Terkini (MRCA). Takson A ialah kumpulan luar. Lihat juga kelompok luar.
epipelagic zonezon epipelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling atas. Bermula di permukaan hingga ke kedalaman 200 m. Zon ini juga dikenali sebagai zon fotik dan menerima keamatan cahaya yang paling tinggi. Aktiviti fotosintesis dan penghasilan primer adalah tinggi dan menyumbang kepada produktiviti lautan secara keseluruhannya.
polyphyleticpolifiletikBioinformatikBioinformatik MolekulTakson yang membentuk kelompok organisma yang berjauhan jaraknya disebabkan kekurangan ahli dari leluhur sama paling terkini (MRCA). Lihat juga leluhur sama paling terkini (MRCA).
oceanic crustkerak lautanSains MarinTiadaLapisan paling atas bahagian lautan plat tektonik yang terdiri daripada kerak lautan atas dan kerangka lautan yang lebih rendah. Jisim batuan igneus yang tebal terletak di bawah lantai lautan di antara jarak 6 km yang terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan paling atas tebalnya 500 m. Bahagian kerak bumi yang agak tipis mendasari lembangan lautan yang secara geologinya lebih muda berbanding dengan kerak benua dan terdiri daripada batuan basalt yang dilitupi oleh sedimen.
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
most-parsimonious reconstruction (MPR)pembinaan semula paling parsimoni (MPR)BioinformatikBioinformatik MolekulKaedah pembinaan pepohon filogenetik menggunakan kaedah parsimoni maksimum. Lihat juga parsimoni maksimum.
most recent common ancestor (MRCA)leluhur sama paling terkini (MRCA)BioinformatikBioinformatik Molekul-
12345678910...

Kembali ke atas