marine ecosystem | ekosistem marin | Sains Marin | Tiada | Ekosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya. |
megaplankton | megaplankton | Sains Marin | Tiada | Komponen plankton (fauna dan flora) yang bersaiz paling besar, iaitu melebihi 2000 mikrometer (20 cm). Contohnya, ubur-ubur, sotong, kril dan sebagainya. |
principal axis | paksi utama | Sains Sukan | Biomekanik | Paksi yang menyatakan bahawa momen inersia sesuatu objek adalah paling besar. Lihat juga momen inersia. |
euphasid | eufasid | Sains Marin | Tiada | Kumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus. |
beam spread angle | sudut serak alur | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sudut serakan alur bunyi (θ ) yang terhasil apabila gelombang bunyi bergerak melalui sesuatu medium selepas melalui jarak medan jauh. Sudut serakan alur (θ) boleh diukur dengan menggunakan formula berikut: sin (θ/2) = kλ/D, Dengan k ialah pemalar, λ ialah panjang gelombang, dan D ialah garis pusat prob. k bersamaan dengan 1.22 bagi capahan paling besar, 1.08 bagi penurunan 20 dB dan 0.56 bagi penurunan 6 dB. |
maximum foreseeable loss | kerugian terduga maksimum | insurans | Tiada | Amaun kerugian maksimum yang dianggarkan oleh pengunderait yang mungkin timbul di awah keadaan paling buruk seperti kebakaran besar atau puting beliung. |
photic zone | zon fotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya. |
corner lot | lot tepi | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Lot paling tepi dalam barisan pecahan lot yang bersempadankan jalan. Lazimnya lebih besar daripada saiz lot biasa. |
abyssal plain | dataran abis | Sains Marin | Tiada | Kawasan yang besar dan luas di dasar lautan yang ditutupi oleh sedimen. Umumnya, dataran abis merupakan kawasan datar di dasar lautan yang kebiasaannya pada kedalaman 3000-6000 m. Dataran abis juga meliputi hampir 50% permukaan bumi dan merupakan lembangan lautan yang paling kurang diterokai oleh penyelidik. |
shrinkage | kecutan | Perhutanan | Tiada | Proses pengurangan ukuran panjang, lebar, tebal, dan isi padu kayu akibat proses pengeringan kayu bawah takat tepu gentian. Kecutan yang lebih besar berlaku pada muka potongan tangen daripada muka potongan jejari, dan yang paling kecil ialah pada permukaan memanjang. Kadar kecutan bergantung pada spesies kayu. |