cruel treatment | perlakuan kejam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan. |
watermark stripe | jalur tanda air | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Jalur magnetik yang terkandung dalam token pengenalan seperti tiket transit yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan identiti pengguna dan tempoh sah penggunaan token pengenalan tersebut. 2. Kaedah penyimpanan mesej rahsia dalam fail binari seperti fail gambar dan fail audio. Mesej ini disorokkan dalam ruangan bot paling kurang signifikan bagi fail tersebut dengan menggunakan steganografi. Kaedah ini sesuai digunakan sebagai ruang tandatangan rahsia pemilik fail untuk melindungi hak inteleknya. |
mesotherm | mesoterma | Geografi | Tiada | Kumpulan pokok yang memerlukan min suhu bulan paling panas lebih daripada 22oC dan min bulan paling sejuk tidak jatuh kurang daripada 6oC. Kebanyakan terdapat di kawasan yang mengalami iklim Mediterranean. |
hot and cold climate | iklim panas dan sejuk | Geografi | Tiada | Iklim kebenuaan lengas yang mempunyai suhu musim panas lebih daripada 22oC dan suhu bulan paling sejuk kurang daripada - 3oC. |
high arctic climate | iklim artik amat sejuk | Geografi | Tiada | Mengikut pengelasan iklim Nordenskjold adalah kawasan yang mana purata suhu bulanan paling panas adalah kurang daripada 0oC. |
monsoon | monsun | Sains | Hidrometeorologi | Istilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman. |
aerial part | bahagian aerial | Veterinar | Tiada | Bahagian paling atas pada pokok yang sifatnya lebih muda, mengandungi lebih banyak protein dan kurang berserabut berbanding dengan bahagian-bahagian lain yang lebih tua. Bahagian ini digunakan sebagai sumber makanan ternakan. Contohnya, pucuk tebu dan pucuk jagung. Bahagian ini boleh terus digunakan atau diproses sebelum diberi kepada ternakan. |
cardiogenic shock | kejang kardiogenik | Veterinar | Praklinikal | Kegagalan edaran periferi akut akibat jantung kurang berfungsi. Antara ciri kejang kardiogenik ialah hipotekanan; takikardia; vasopencerutan; perpeluhan dan keresahan. Penyebab yang paling biasa ialah trombosis koronari. Penyebab lain ialah embolisme pulmonari teruk; karditis pulminan akut dan aritmia. |
selling of the crown jewel | jual takhta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi pertahanan diri dengan menjual aset yang paling berharga oleh syarikat sasaran bagi menjadikannya kurang menarik kepada penyerang korporat untuk diambil alih. |
shell transformer | pengubah kelompang | Teknik | Elektrik | Pengubah yang terasnya berbentuk seperti kelompang. Pengubah jenis ini paling banyak digunakan kerana pengagihan fluksnya lebih banyak dan kebocoran fluks kurang terjadi. Bentuk ini diperoleh daripada susunan kepingan besi nipis bersadur penebat berbentuk `E’ dan `I’ yang berselang-seli. |