Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
design speedhalaju reka bentukPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKelajuan paling tinggi yang selamat yang disyorkan untuk kenderaan dalam keadaan isi padu yang sederhana berasaskan ciri-ciri reka bentuk jalan.
against-the-rule astigmatismastigmatisme lawan arahSains KesihatanTiadaKuasa astigmatisme okular paling tinggi di meridian mendatar.
with the rule astigmatismastigmatisme ikut peraturanSains KesihatanTiadaAstigmatisme okular dengan kuasa refraksi paling tinggi di meridian menegak.
general sponsorpenaja umumEkonomiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana.
general sponsorpenaja umumKomunikasiTiadaYayasan, syarikat atau individu yang menaja sesuatu program atau acara tidak kurang daripada 50% jumlah tajaan dan dibenarkan menggunakan imej program serta mendapat liputan media yang luas. Penaja ini menjadi penaja paling tinggi jika tiada penaja perdana.
enriched fractionfraksi diperkayaHerbaPemiawaianPecahan daripada ekstrak herba yang mempunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Contohnya, fraksi etil asetat ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata) mengandungi sebatian andrografolida paling tinggi.
second ballot systemsistem undi keduaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pilihan raya yang diadakan sehingga dua pusingan bagi memastikan calon yang menang merupakan calon yang mendapat majoriti undi yang banyak. Dalam sistem ini, sekiranya seorang calon mendapat undi yang paling tinggi majoritinya akan diisytihar sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak ada pemenang yang memperoleh majoriti yang ditetapkan maka dua calon tertinggi undinya akan bertanding dalam pusingan kedua. Calon yang mendapat undi yang tertinggi dalam pusingan ini akan dipilih sebagai pemenang. Contohnya, Indonesia merupakan salah sebuah negara mengamalkan sistem undi kedua. Dalam pilihan raya Presiden Indonesia 2004 menyaksikan persaingan antara Megawati Sukarnoputri dengan Susilo Bambang Yudhiyono yang telah dipilih untuk meneruskan pilihan raya dalam pusingan kedua dan akhirnya dimenangi oleh Susilo.
epipelagic zonezon epipelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling atas. Bermula di permukaan hingga ke kedalaman 200 m. Zon ini juga dikenali sebagai zon fotik dan menerima keamatan cahaya yang paling tinggi. Aktiviti fotosintesis dan penghasilan primer adalah tinggi dan menyumbang kepada produktiviti lautan secara keseluruhannya.
hadopelagic zonezon hadopelagikSains MarinTiadaZon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma.
photic zonezon fotikSains MarinTiadaBahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya.
12

Kembali ke atas