palmette | sebai palma | Kesenian | Hiasan Dalaman | Motif dalam seni hiasan yang menyerupai daun berbentuk kipas pada daun pokok palma, yang biasanya digunakan pada ambal, karpet Parsi, kumai timbul dan tiang. Hiasan ini dapat dilihat secara meluas terutamanya pada seni bina Yunani. |
rattan | rotan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain. |
bamboo lashing | ikatan buluh | Buluh | Tiada | Kaedah mengikat simpul untuk menyambung antara satu batang buluh dengan batang buluh yang lain menggunakan tali gentian semula jadi seperti sisal dan palma atau tali polipropilena. Terdapat pelbagai jenis ikatan simpul seperti ikatan seraya, ikatan serong dan ikatan ricih. |
paisley | paisley | Kesenian | Hiasan Dalaman | Fabrik kapas, sutera atau bulu yang ditenun dengan corak berlingkar atau bercetak yang popular di Kashmir, India pada abad ke-19. Paisley mempunyai reka bentuk melengkung, yang diilhamkan daripada bentuk daun palma kecil. Contohnya, paisley Scotland yang bermutu tinggi. |
parquet | parket | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras nipis yang disusun menjadi corak tertentu dan dijadikan sebagai penyudah di permukaan lantai. Parket biasanya dipasang membentuk corak berjalur atau zig zag dan dikilatkan pada tahap yang tinggi. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan parket, misalnya kayu, buluh atau palma bertam. Parket biasanya berukuran 4 inci lebar dan 4 inci panjang atau 9 inci lebar dan 9 inci panjang. |