Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pam] | ڤم

Definisi : alat, biasanya mempunyai tiub dan peme­gang, utk memasukkan cecair, angin, gas, dsb ke dalam (atau mengeluarkannya drpd) se­suatu, bomba, pompa; ~ air pam utk menghisap dan mengeluarkan air; ~ angin pam utk menghisap dan mengeluarkan angin; ~ basikal pam utk memasuk­kan angin ke dlm tayar basikal; ~ minyak a) pam utk menghisap dan mengeluarkan minyak; b) tempat membeli (mengisi) minyak petrol dll utk kereta; ~ udara pam angin; mengepam mengisi atau menyedut air (angin dll) dgn pam: kami menyewa sebuah pam dan ~ air dr sungai; dia sedang ~ bola kami; mengepamkan 1. mengepam utk; 2. mema­sukkan gas (cairan dsb) ke dlm: ~ angin ke dlm tayar; pengepaman perbuatan atau hal mengepam­(kan); pengepam (alat, mesin dsb) yg digunakan utk mengepam: di kebun sayurnya terdapat juga sebuah mesin ~ utk mengepam air dr kolam; ~ susu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pam] | ڤم

Definisi : alat utk memaksakan angin dll keluar atau masuk; alat utk menghisap, menyedut dsb serta mengeluarkan sesuatu, spt air, minyak. ~ air pam utk menghisap serta mengeluarkan air (dr sungai dll). ~ angin pam utk menghisap serta mengeluarkan angin dr sesuatu. ~ basikal (kereta) pam utk memasukkan angin ke dlm tayar basikal (kereta). ~ minyak a. pam utk menyedut serta mengeluarkan minyak dr sesuatu. b. tempat membeli minyak utk kereta dll. mengepam menyedut serta mengeluarkan atau mengisi sesuatu dgn menggunakan pam: ~ air. pengepaman perbuatan atau hal mengepam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oil-well pumppam telaga minyakKejuruteraanPetroleumSebarang jenis pam, sama ada pam permukaan atau pam subpermukaan yang digunakan untuk mengangkat bendalir reserbor dari dasar lubang telaga minyak ke permukaan. Contohnya ialah pam rod penyedut, pam hidraulik dan pam emparan dan lain-lain. Pam ini digunakan setelah telaga minyak berkenaan sudah kurang mampu atau tidak mampu mengeluarkan bendalir reserbor pada kadar air yang dikehendaki atau dalam keadaan telaga berkenaan membolehkan pam digunakan bagi membantu proses pengeluarannya. Jenis pam yang digunakan bergantung pada keadaan yang dihadapi, misalnya jika telaga berkenaan menghadapi masalah pengeluaran pasir, pam rod penyedut tidak sesuai digunakan.
pump valveinjap pamKejuruteraanPetroleumSebarang jenis injap yang digunakan pada peralatan atau kelengkapan pam seperti pada pam rod penyedut, pam salingan atau jenis pam yang lain. Contohnya, antara lain, injap bergerak dan injap pegun.
sucker-rod pumppam rod penyedutKejuruteraanPetroleumSinonim : pam rod. Pam atau pasangan dalam lubang yang digunakan untuk membantu pengangkatan bendalir dari dalam lubang telaga ke permukaan dengan tindakan maju mundur atau penyalingan rentetan rod penyedut. Komponen dasarnya adalah pelocok, ceropong kerja, injap dan rentetan rod penyedut. Terdapat dua jenis pam rod penyedut, iaitu pam tetiub dan pam sisipan rod penyedut. Biasanya digunakan pada telaga pengeluaran yang tidak mampu lagi untuk mengeluarkan minyak dengan sendiri.
force pumppam asak/pam paksaKimiaTiada1. Pam yang mengalirkan cecair di bawah tekanan yang lebih besar daripada tekanan sedutannya.,2. Pam udara yang digunakan untuk mengeluarkan gas dengan menghembus udara melaluinya.
diffusion pumppam peresapan; pam pembauranFizikTiadaPam vakum yang menggunakan aliran wap minyak atau merkuri untuk menyingkirkan gas daripada sistem. Molekul gas meresap ke dalam aliran wap dan wap ini dipemeluwapkan semula dalam pam sokongan. Tekanan serendah 10-7 pascal diperolehi.
bottom-hole pumppam dasar lubangKejuruteraanPetroleumSebarang jenis pam yang diletakkan atau dipasang di dasar lubang telaga atau berhampiran dengan dasar lubang telaga. Jenis pam yang biasa digunakan ialah jenis-jenis pam rod, pam cecair tekanan tinggi atau pam emparan.
deep-well pumppam telaga dalamKejuruteraanPetroleumPam yang digunakan untuk membantu pengeluaran minyak dari telaga yang dalam. Biasanya pam tersebut mempunyai keupayaan mengangkat bendalir yang besar, seperti pam emparan, pam hidraulik dan sebagainya.
wind pumppam anginKejuruteraanKejuruteraan MekanikPam aliran paksi atau pam skru yang dipacu oleh aci dan sistem gear. Aci ini mendapat kuasa daripada kipas atau kincir angin. Pam jenis ini banyak digunakan untuk pengairan di kawasan pertanian dan penternakan.
force pumppam asak/pam paksaFizikTiadaTiada
force pumppam asak/pam paksaKomunikasi MassaTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas