Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = peĀ­mampasan perihal membayar ganti rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ganti rugi yg dibayar oleh pihak tertentu kerana kecederaan, kemalangan dsb. memampas membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb). memampasi membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb) kpd seseorang: Kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek tsb. pampasan wang dll yg dibayarkan sbg ganti rugi: ~ perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pampas
Kata Terbitan : memampas, pampasan,

Peribahasa

Mencencang memampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pampaspampasGeografiTiadaIstilah Sepanyol bagi kawasan tanah rumput sederhana di muara sungai Plate di Argentina dan Uruguay.
indemnitypampasSejarahTiadaTiada
compensating coilgegelung pampasKejuruteraanTiadaTiada
compensator levelpengaras pampasGeografiTiadaTiada
compensating lenskanta pampasGeografiTiadaTiada
compensating coilgegelung pampasGeografiTiadaTiada
compensated semiconductorsemikonduktor pampasKejuruteraanTiadaSemikonduktor yang dilengkapi dengan satu jenis bendasing yang secara separa menghapuskan kesan bendasing yang lain.
compensating coilgegelung pampasKejuruteraanTiadaSet gegelung yang disusun bagi menghasilkan taburan fluks magnet yang sesuai.
compensation factorfaktor pampasKejuruteraanTiadaNisbah antara kepekaan tak diingini dengan kepekaan sinar gama dalam kebuk pengionan terpampas.
compensation filterpenapis pampasKejuruteraanTiadaPenapis untuk memampaskan sinaran.
12

Kembali ke atas