Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.nas.pa.nas] | ڤانس٢

Definisi : masih baharu, hangat-hangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.nas.pa.nas] | ڤانس٢

Definisi : masih panas; masih baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Panas terik hangat sangat,
     Saya nak mandi Kuala Perlis;
Tengok adik jinak sangat,
     Rasa-rasa bagai nak boleh.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).

 

Lihat selanjutnya...(41)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hot brewbru panasPentadbiran PerniagaanTiadaMinuman panas berasaskan kopi atau teh yang dibancuh atau direndam dengan menggunakan air panas.
holophrasiscantum ertiKesusasteraanPuisiSesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis.
hotplateplat panasPentadbiran PerniagaanTiadaPiring logam berbentuk bujur yang digunakan untuk memasak masakan panas berdesir.
heated-air systemsistem udara panasKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan haba dalam lingkaran pencuci udara yang mengekalkan suhu udara masukan, melalui campuran udara sekitaran dengan udara panas dari selubung pada pancarongga ekzos.
Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE)Pengenalpastian Kawasan Panas Tumpuan Dinamik (HIDE)Kesihatan AwamTiadaAnalisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi kawasan panas penularan wabak COVID-19 dalam jangka masa tujuh hari. Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada. Sistem HIDE akan menyenaraikan premis berisiko. Senarai ini akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan.
hot tearsrabak panasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeretakan berbentuk linear yang terbentuk di dalam logam pada peringkat penyejukan semasa proses tuangan. Hal ini disebabkan oleh bahan mengecut secara tidak sekata semasa proses penyejukan. Lazimnya, rabak panas terjadi antara bahagian tebal dan nipis pada produk tuangan.
artificial dryingpengeringan buatanHerbaTiadaKaedah pengeringan bahan herba dalam ketuhar atau alat pengering suria yang dialirkan udara panas. Bahan herba yang besar dan tebal perlu diracik dan diserakkan membentuk lapisan nipis untuk mempercepat pengeringan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk bahan herba yang tahan panas. Contohnya, pengeringan akar tongkat ali dan kacip fatimah.
multiple viscosity oilminyak berbilang kelikatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMinyak enjin yang mempunyai kelikatan rendah semasa sejuk untuk memudahkan enjin diengkol dan menjadi bertambah likat apabila panas untuk memberi kelinciran yang diperlukan pada bahagian enjin semasa enjin panas.
hot sitetapak panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan sistem rangkaian komputer yang sama dengan tapak asal bagi sesebuah organisasi.
hot walletdompet panasPentadbiran PerniagaanTiadaDompet mata wang kripto yang sentiasa disambungkan ke rangkaian internet dan mata wang kripto.
123456789

Kembali ke atas