Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cu.ran] | ڤنچورن

Definisi : 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cu.ran] | ڤنچورن

Definisi : paip air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.cu.ran] | ڤنچورن

Definisi : saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pan.cu.ran] | ڤنچورن

Definisi : hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,

Peribahasa

Hendak ulam,
     pucuk menjulai.

Bermaksud :

Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
GeminidsPancuran JauzaMatematikTiadaPancuran meteor yang sangat aktif pada musim sejuk, punca sinaran: RA 113 darjah, dec + 32 darjah dan mencapai maksimumnya pada 7 - 15 Disember.
LeonidsPancuran AsadMatematikTiadaPancuran meteor berkala, punca sinaran: RA 152 darjah, dec + 22 darjah, mencapai maksimumnya pada 17 November.
AquaridsPancuran DalwuMatematikTiadaPancuran meteor aktif, iaitu Eta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 336 darjah, dec 0 darjah dan mencapai maksimum pada 4 Mei, dan Delta Aquarids yang berpunca sinaran: RA 339 darjah, dec - 17 darjah, dan mencapai maksimum pada 28 Julai.
CygnidsPancuran CygnisMatematikTiadaPancuran meteor yang berhampiran dengan Kappa Cygnus, radian : RA 290 darjah, dec + 55 darjah, yang mencapai maksimumnya pada 20 Ogos.
CephidsPancuran CephusMatematikTiadaPancuran meteor.
CapricornidsPancuran CapricornidsMatematikTiadaPancuran meteor, beradian: RA 315 darjah, dec-15 darjah dan mencapai maksimumnya pada 25 Julai.
UrsidsPancuran UrsaMatematikTiadaPancuran meteor, punca sinaran: RA 217o, dec +78o, mencapai maksimumnya pada 22 Disember.
OphiuchidsPancuran OphiuchusMatematikTiadaPancuran meteor, punca sinaran: RA 260 darjah, dec -20 darjah, mencapai maksimumnya pada 20 Jun.
OrionidsPancuran BelantikMatematikTiadaPancuran meteor yang aktif, punca sinaran: RA 96 darjah, dec + 15 darjah, mencapai maksimumnya pada 21 Oktober.
QuadrantidsPancuran QuadransMatematikTiadaPancuran meteor, punca sinaran: RA 232o, dec + 50o mencapai maksimumnya pada 3 Januari.
123456

Kembali ke atas