Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.cut] | ڤنچوت

Definisi : ; memancut keluar dgn deras (kerana tekanan), memancar: air ~ dr muka bumi; memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras, memancarkan, memancurkan: belerang itu akan menjadi cair dan dipancutkan keluar oleh udara yg ditekan masuk; terpancut ki terkeluar (terbit dll) dgn tiba-tiba: ~ dr mulut Wan Derus perkataan “celaka”; pancutan (air dll) yg memancut: tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn ~ air; ~ angin; pemancutan proses memancutkan sesuatu; pemancut alat utk memancutkan air, cecair, dsb: hos ~ air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.cut] | ڤنچوت

Definisi : ; memancut keluar dgn deras kerana tekanannya tinggi (bkn cecair); memancar: Di setengah-setengah tempat di New Zealand, terdapat air menggelegak ~ berkaki-kaki tingginya ke udara. memancutkan mengeluarkan air dll dgn deras (kerana tekanan tinggi); memancarkan: Monyet itu ~ air dr paip ke arah kami. terpancut keluar dgn tiba-tiba kerana ditekan, dipicit dll: Buah itu dipicitnya hingga ~ isinya. pancutan air dll yg keluar dgn memancut: ~ air itu berbunyi dan drpd bunyi itulah terdapatnya nama Zamzam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancur
Kata Terbitan : memancur, terpancur, pancuran, pancut, memancut, memancutkan, terpancut, pancutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flushingpancut; cuciFizikTiadaTiada
flushingpancut; pemberian makanan tambahanVeterinarTiadaTiada
ejaculatepancutVeterinarTiadaTiada
downspoutpancut ke bawah; penurunKejuruteraanTiadaTiada
flushingpancut; penggumbahanGeologiTiadaPenggumbahan: Penyingkiran mendapan serpihan batuan atau puing lainnya yang tersangkut dengan menggunakan aliran air berhalaju tinggi; digunakan untuk membersihkan salur air dan lubang gerek gerudi.
torchpancutKimiaTiadaTiada
ejaculatory ductduktus pancutBiologiHistologi dan SitologiBahagian hujung duktus deferens, selepas persimpangan duktus kantung seminal yang terdapat pada kelenjar prostata dan bersambung ke dalam uretra.
ink jet printerpencetak pancut dakwatKomputerTiadaTiada
abrasive jet machinemesin pancut-lelasKesenianTiadaMesin yang memancutkan bahan lelas pada sesuatu permukaan untuk membersihkan atau melicinkannya sebelum pengemasan selanjutnya dilakukan.
fountain poolkolam air pancutKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas