point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri �aku�. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |
non-focalization | bukan fokalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Sudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas. |
elevation | pandangan sisi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lukisan dua dimensi yang menunjukkan unjuran pandangan menegak pada permukaan luar sesebuah bangunan atau permukaan pada bahagian dalam bangunan. |
reasonable assurance | jaminan munasabah | Audit | Tiada | Kaedah pengauditan untuk mendapatkan pandangan yang munasabah bagi membolehkan juruaudit memberi pandangan terhadap perkara yang diaudit. Kaedah ini dapat memberikan tahap keyakinan yang tinggi kepada pengguna bahawa kenyataan palsu yang terkandung dalam penyata kewangan akan dapat dikesan. |
limited omniscience | serba tahu terbatas | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang dalam sesebuah karya sastera. Pengarang mempunyai pengetahuan yang luas terhadap seseorang watak atau beberapa orang watak tertentu yang memainkan peranan dalam karya tersebut. Melalui sudut pandangan ini, pengarang akan menguasai seluruh perjalanan hidup watak, sama ada dari aspek luaran dan dalaman, termasuklah dalam mengutarakan pemikirannya. Keseluruhan perjalanan cerita berhubung kait dengan watak tersebut. Watak yang lain hanya diceritakan secara luaran sahaja. Sudut pandangan serba tahu terbatas ini kemudian berkembang menjadi salah satu teknik penceritaan utama dalam karya berbentuk stream of consciousness. |
dialogism | dialogisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk wacana yang merujuk pelbagai luahan watak-watak yang mungkin bertentangan pandangan terhadap sesuatu subjek dan bukan pandangan pengarang semata-mata. Bentuk wacana ini disampaikan melalui gaya dialogika atau polifonik dan bukan bergaya monologik. Terma ini digagaskan oleh Mikhail Bakhtin dalam teori dialogisme. |
neutral omniscience | serba tahu neutral | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sudut pandangan seseorang pengarang yang bersifat neutral dalam sesebuah karya. Walaupun pengarang (pengisah) mempunyai pengetahuan yang luas terhadap cerita dan watak, tetapi pengarang itu bertindak secara neutral tanpa melibatkan pandangan atau memberikan komen peribadi terhadap peristiwa atau pemikiran para watak. |
objective point of view | sudut pandangan objektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang menempatkan dirinya di luar cereka dan mengisahakan perkara yang berlaku tanpa melakukan sebarang bentuk komentar yang memihak atau bersifat peribadi. Kaedha penceritaan seperti ini dikenali juga sebagai teknik lalat di dinding (fly-on-the-wall technique), pengarah sembunyi diri (self-effacing author), dan pandangan kamera (camera eye). |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya. |
cityscape | pandangan bandar | Pelancongan | Tiada | Panorama yang dapat dilihat di sekitar bandar. |