Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.du] | ڤندو

Definisi : 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. ka­pal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg di­pakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjuk­kan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.du] | ڤندو

Definisi : ; memandu mencuba, menguji; ~ pakaian mencuba pakaian; ~ senjata men­cuba atau menguji senjata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.du] | ڤندو

Definisi : 1 = pemandu orang yg menunjukkan jalan; penunjuk jalan: Mereka berburu binatang dan mengambil upah menjadi ~ di dlm hutan. 2 kapal yg menunjukkan jalan di pelabuhan. 2 pertubuhan antarabangsa yg bertujuan mendidik ahli-ahlinya supaya berdisiplin serta berdikari dll; pengakap: ~ puteri pengakap wanita. berpandu menggunakan penunjuk jalan; ada pandunya: peluru ~. berpandukan menggunakan sesuatu sbg ikutan; berpedomankan: Membina rumah dgn ~ pelan. memandu 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. panduan 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. pemandu 1 orang yg memandu atau yg menunjukkan jalan; pandu: Mereka menjadi ~ kpd tentera pihak Berikat. 2 orang yg menjalankan atau membawa kenderaan: ~ teksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valve guidepandu injapKejuruteraan AutomotifEnjinLubang yang menempatkan batang injap untuk menggelongsor di dalamnya dan menetapkan injap pada jajaran yang betul. Sebahagian daripada pandu injap ini adalah daripada jenis rod berlubang yang ditekan pada kedudukannya. Pada sesetengah enjin, lubang ini dibentuk terus dalam blok enjin atau kepala silinder.
guide sleevesarung panduKejuruteraan AutomotifEnjinSarung berbentuk tiub yang terletak pada bolt rod penyambung untuk mengelakkan jurnal aci engkol dicalarkan oleh bebenang bolt tersebut semasa rod penyambung dikeluarkan. Hos getah yang pendek biasanya boleh digunakan sebagai sarung pandu.
night drivespandu malamUmumTiadaAktiviti ekspedisi pada waktu malam utk melihat haiwan nokturnal dengan menaiki kenderaan dalam kawasan itu. Aktiviti ini popular di Afrika Selatan.
directional signalisyarat pandu arahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaIsyarat lampu pada kereta untuk memberi petunjuk arah ke kiri atau ke kanan.
guide matrixmatriks panduKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat elektronik yang mengawal secara automatik lampu hadapan, dengan menukar alur tinggi atau alur rendah.
ride ratekadar panduKejuruteraan AutomotifTiadaDaya normal pada tapak sentuh tayar per unit anjakan roda, lazimnya dalam unit Newton/milimeter (N/mm).
guide wheelsroda pandu rantaiSukanLumba BasikalAlat penyelaras rantai pada derailleur.
drive-through testingujian pandu laluKesihatan AwamTiadaTiada
drive-through screeningsaringan pandu laluKesihatan AwamTiadaTiada
herbal pilot plantloji pandu herbaHerbaTiadaLihat loji perintis herba.
12

Kembali ke atas