Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gil] | ڤڠݢيل

Definisi : ; memanggil 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menama­kan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas menger­jakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; memanggil-manggil menyebut (meneriak­kan) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya; memanggilkan 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menye­but) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya; terpanggil 1. Mn dipanggil (disuruh datang) kerana sesuatu perkara: seisi pasar tempat kantor Tuanku Demang berdiri sudah tahu bahawa Yusuf ~; bagi seseorang gadis tidak baik ~-panggil ke pengadilan; 2. berasa terdorong (tertarik, bertanggungjawab, terpe­ngaruh dsb) utk melakukan sesuatu: sbg penyanyi, dia turut ~ utk memikul tanggungjawab menangani gejala sosial yg membimbangkan ketika ini; dia semacam ~ utk menolak dan menentang sekeras-kerasnya gagasan itu; panggilan 1. suara memanggil: dlm gelap itu, terdengar suatu ~ yg jelas dr jalan; 2. ajak­an, jemputan, undangan: hatiku berdebar-debar, tentu ~ ini bersangkutan dgn kerosakan di kilang elektrik; dia sendiri kurang pasti tentang tujuan ~ ketua kampung malam itu; 3. gelaran, sebutan nama: ia pun menukarkan nama dgn ~ Ken Anglira Sari; 4. orang yg dipanggil; ~ hidup (jiwa) kesukaan atau kecenderungan dlm sesuatu lapangan (pekerjaan dll); ~ jauh = ~ nasional panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran ter­perinci; ~ kejut panggilan melalui telefon yg bertujuan menyedarkan atau mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu; ~ mulut jemputan dgn mulut (tidak dgn kad dll); ~ tempatan panggilan yg dibuat dlm jarak 4 km dr ibu sawat; P~ Terus Antarabangsa panggilan telefon ke luar negara yg boleh dilakukan secara terus kpd orang yg dihubungi tanpa perlu menggunakan khidmat operator. pemanggil (orang) yg memanggil: dinanti-nantilah oleh semua ~ itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari; canang ~ canang utk memanggil (memberitahu); sepemanggil sejauh suara orang memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gil] | ڤڠݢيل

Definisi : ; memanggil 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. memanggilkan 1 memanggil utk: Dia ~ ibunya sebuah teksi. 2 menyebut atau menggelar dgn: Dia marah kalau kita tidak ~ tuan kpdnya. panggilan 1 bunyi orang berteriak; suara orang memanggil: Kami terdiam sebentar kerana mendengar ~ meminta tolong. 2 gelar yg diberikan kpd seseorang; gelaran: Nama sebenarnya Osman, tetapi ~nya Man saja. 3 yg dipanggil: orang ~. ~ kejut panggilan telefon yg bertujuan utk menyedarkan atau utk mengejutkan tetamu yg menginap di hotel dsb, biasanya dibuat oleh pihak hotel dsb atas permintaan tetamu. ~ nasional panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. ~ tempatan panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panggil
Kata Terbitan : memanggil, memanggilkan, panggilan, pemanggil, sepemanggil,

Puisi
 

Beli mangkuk buat kenduri,
     Panggil lebai serta aji;
Masa berkokok sama berlari,
     Tak boleh bercampur biring bertaji.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
product recall insuranceinsurans panggil balik keluaraninsuransTiadaInsurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas kos panggil balik keluaran diketahui atau disyaki tidak sempurna.
cosmetic product recallpanggil balik produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranProses menarik balik produk kosmetik yang mempunyai kecacatan kualiti produk yang kritikal atau kesan mudarat yang dilaporkan. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk kosmetik yang telah dicemari racun berjadual.
callable bondbon boleh panggilinsuransTiadaBon yang boleh ditebus pada satu tarikh sebelum tarikh matangnya yang asal.
uncalled capitalmodal belum panggilPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
uncalled capitalmodal belum panggilEkonomiTiadaTiada
uncalled capitalmodal belum panggilPentadbiran PerniagaanTiadaSebahagian daripada modal yang telah diterbitkan dan diuntukkan oleh syarikat kepada pemegang saham tetapi belum dibayar sepenuhnya.
degree of cosmetic product recalldarjah panggil balik produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranTahap pemanggilan balik produk yang diklasifikasikan mengikut keseriusan kecacatan kualiti dan/atau kejadian mudarat sesuatu produk. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tahap I merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan utama yang mungkin menyebabkan kecederaan serius atau kematian dan perlu ditarik balik dalam tempoh 24 jam. Tahap II merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan yang kecil atau substandard, dan perlu ditarik balik dalam tempoh 72 jam. Tahap III merujuk kepada produk disebabkan masalah lain dan perlu ditarik balik dalam tempoh 30 hari atau seperti yang diarahkan.
distribution recordrekod agihanHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi maklumat nama dan alamat pengedar, nombor dan tarikh arahan serahan, tarikh serahan, nama produk dan bentuk dosnya, kuantiti, dan nombor kelompok bagi setiap produk. Rekod agihan bagi setiap kelompok produk perlu dikekalkan untuk memudahkan panggil balik kelompok tersebut.
herbal product quality complaintaduan kualiti produk herbaHerbaTiadaAduan pelanggan mengenai masalah produk akhir herba. Aduan ini timbul akibat daripada kesilapan pengilangan, kecacatan produk, kemerosotan kualiti produk dan campur palsu dalam bahan herba. Menurut Amalan Pengilangan Baik, sebarang aduan perlu direkodkan dengan lengkap. Punca sesuatu aduan perlu disiasat dan aduan tersebut diambil tindakan. Rekod aduan juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat masalah yang berulang, pihak berkuasa perlu menarik balik produk herba tersebut dari pasaran. Sebarang aduan yang melibatkan panggil balik atau penyekatan pembekalan produk herba perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa perlesenan.

Kembali ke atas