Internet telephony | telefoni Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Set perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik. |
call premium | premium panggilan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbezaan antara harga panggilan dengan harga penerbitan bon. Contohnya, sekiranya harga terbitan bon ialah RM5000 dan harga panggilan ialah RM5500, maka RM500 ialah nilai premium panggilan. |
callable bond | bon boleh panggil | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang boleh ditebus semula oleh penerbitnya sebelum tarikh matang, iaitu pada satu tarikh panggilan tertentu dan pada harga panggilan tertentu. Pada tarikh panggilan, penerbit bon mempunyai hak untuk membeli semula bon daripada pemegang bon. Premium panggilan biasanya akan dibayar kepada pemegang bon apabila dipanggil semula. Bon ini dikenali juga sebagai bon boleh tebus. Dalam pasaran kewangan Islam, bon jenis ini dikenali sebagai sukuk boleh panggil. Sinonim bon boleh tebus. |
distress message | pesanan cemas | Aeroangkasa | Tiada | Satu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day.,Satu panggilan radio kecemasan secara piawai yang menyatakan kedudukan pesawat udara, masa, arah dituju, laju, altitud, jenis pesawat udara, keadaan kecemasan dan hasrat juruterbang. Contohnya panggilan May Day. |
external call | panggilan luar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Panggilan yang diterima dari organisasi luar atau panggilan yang dibuat ke organisasi luar. |
call card | kad panggilan | Perpustakaan | Tiada | Kad panggilan: Kad yang mengandungi nama pengarang, judul dan nombor panggilan yang digunakan untuk peminjaman buku. |
call price | harga panggilan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harga bon boleh panggil yang dibayar oleh penerbit kepada pemegang apabila bon tersebut dipanggil semula. Harga tersebut biasanya lebih tinggi daripada harga bon semasa diterbitkan. Nilai lebihan harga ini dikenali sebagai premium panggilan. Contohnya, jika harga terbitan bon ialah RM5,000 dan harga panggilan ialah RM5,500 maka RM500 ialah nilai premium panggilan. Sinonim harga tebus semula. |
lost call | panggilan hilang | Kejuruteraan | Tiada | Panggilan yang tidak dapat diterima oleh rangkaian disebabkan kesesakan pada litar-litar yang ada. |
Mayday call | panggilan Mayday | Aeroangkasa | Tiada | Panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan paksa. |
PAN call | panggilan PAN | Aeroangkasa | Tiada | Panggilan kecemasan sebelum melakukan pendaratan cemas. |