Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.ka.lan] | ڤڠکلن

Definisi : 1 tempat kapal berlabuh; tempat menambat perahu di tepi sungai. 2 tempat mengumpulkan barang dagangan. 3 tempat (spt lapangan terbang) yg dijadikan pusat utk melancarkan serangan. ~ data ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,

Puisi
 

Cepu-cepu Pangkalan Cina,
     Cepu kecik beragi-ragi;
Kalau dulu abang yang punya,
     Ini sekarang lain berganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
molecular sequence databasepangkalan data jujukan molekulBioinformatikBioinformatik MolekulPangkalan data biologi yang menyimpan data dan maklumat molekul biologi seperti DNA, RNA atau protein.
clinical data repositoryrepositori data klinikalTeknologi Maklumate-KesihatanPangkalan data masa sebenar, yang menerima data dari pelbagai sumber klinikal dan memberikan gambaran menyeluruh tentang seseorang pesakit. Pangkalan data ini dioptimumkan agar pengamal perubatan dapat mencapai data pesakit secara individu berbanding kesemua pesakit yang mempunyai ciri yang sama bagi memudahkan pengurusan sesebuah jabatan klinikal. Antara data yang terdapat dalam pangkalan data ini ialah keputusan ujian makmal klinikal, demografik pesakit, maklumat farmasi, laporan radiologi dan imej, laporan patologi, tarikh masuk, keluar dan perpindahan hospital dan nota kemajuan pesakit.
processing interface subsystemsubsistem antara muka pemprosesanTeknologi MaklumatTiadaBahagian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) yang melaksanakan arahan untuk memproses pangkalan data.
herbal databasepangkalan data herbaHerbaPemiawaianSistem data yang menyimpan maklumat herba seperti spesies, aktiviti biologi, kegunaan, sebatian kimia dan maklumat lain yang berkaitan secara tersusun atau sistematik. Sistem ini biasanya dalam bentuk elektronik dan menggunakan perisian komputer tertentu seperti Microsoft Excel atau Microsoft Access. Antara pangkalan data yang terkenal di Malaysia ialah Globinmed yang diselia oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur.
medical basepangkalan perubatanKesihatan AwamTiadaKawasan penempatan perubatan sementara yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kesihatan di tempat berlakunya bencana seperti penyakit berjangkit.
genome databasepangkalan data genomBioinformatikBioinformatik MolekulStoran maklumat berkaitan genom daripada pelbagai organisma.
sequence databasepangkalan data jujukanBioinformatikBioinformatik Molekul-
fraction databasepangkalan data fraksiHerbaPemiawaianSistem penyimpanan dan penyusunan data yang berkenaan dengan ekstrak herba daripada proses pemfraksian dan aktiviti biologikal yang dimiliki bagi setiap ekstrak herba tersebut.
baseasas; pangkalan; bes; dasar; tapak (Sofbol)KimiaTiadaBes: Sebatian yang bercerai di dalam air untuk menghasilkan OH-, dan sebatian yang menerima H+, atau sebatian yang menderma sepasang elektron bebas.
baseasas; pangkalan; bes; dasar; tapak (Sofbol)SukanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas