paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang telah ditulis semula dengan cara mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi tetap mengekalkan maksud atau idea asalnya. Parafrasa biasanya ditulis untuk memperjelaskan lagi maksud karangan asalnya. Sebuah puisi boleh ditulis semula dalam bentuk prosa sebagai sebuah parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk puisi itu. |
paraphrase | parafrasa | Kesusasteraan | Puisi | Karangan yang telah ditulis semula dengan mengubah bentuk dan pemilihan katanya tetapi mengekalkan maksud atau idea asalnya. Ia bertujuan untuk menjelaskan lagi karangan asalnya. Dalam puisi boleh ditulis semula menjadi parafrasa untuk memberikan penjelasan tentang bahagian atau rangkap-rangkap yang sukar dalam bentuk prosa. |
heresy of paraphrase | songsangan parafrasa | Kesusasteraan | Tiada | Prinsip kritikan kesusasteraan yang menyatakan bahawa sesebuah sajak akan kehilangan keindahannya apabila diparafasakan. Istilah ini dikemukakan oleh Cleanth Brooks dalam The Well-Wrought Urn (1947). Beliau menerangkan bahawa infrastruktur dramatik, nada dan elemen lain dalam sesebuah sajak tidak boleh dipisahkan (diparafrasakan) kerana akan menjejaskan keindahan sajak tersebut. Walau bagaimanapun, parafrasa sukar dielakkan dan merupakan amalan biasa para pengkritik. Justeru, pengkritik harus meneliti cara mereka memparafrasakan karya untuk memastikan mereka berlaku adil terhadap karya tersebut. Lihat juga parafrasa. |
paraphrase | parafrasa | Muzik | Tiada | 1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi popular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt. |