Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ra.noia] | ڤارانوءيا

Definisi : (Psi) 1. gangguan mental yg menye­babkan seseorang mengkhayalkan perkara yg aneh-aneh, spt merasa dirinya terlalu penting atau percaya bahawa orang lain sentiasa meng­ancamnya; 2. perasaaan takut, curiga atau tidak percaya terhadap orang lain dgn ber­lebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paranoia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paranoiaparanoiaPerubatanTiadaTiada
paranoiaparanoiaPsikologiTiadaTiada
paranoiaparanoiaPerubatanTiadaGangguan neurosis yang kronik, yang berkembang secara beransur-ansur. Biasanya keadaan ini merujuk pada keinginan seseorang untuk mendapatkan sesuatu dan rasa takut akan kehilangan sesuatu yang diingininya itu setelah diperolehnya.
Minnesota multiphasic personality inventory (MMPI))inventori personaliti multifasa Minnesota (MMPI)PsikologiPsikologi UmumAlat pengukuran personaliti yang pada awalnya digunakan untuk mendiagnosis kecelaruan psikologi tetapi kemudiannya diperbaik untuk mengukur aspek personaliti ekstrem yang mempunyai simptom kecelaruan seperti paranoia, depresi dan histeria. Alat MMPI dibahagikan kepada 14 subskala. Empat yang pertama digunakan untuk mengukur kesahan, sementara sepuluh lagi digunakan untuk mengukur aspek personaliti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, MMPI masih popular dalam kalangan ahli psikologi klinikal yang menggunakannya untuk mendiagnosis kecelaruan tingkah laku.
insanityketaksiumanPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku akibat gangguan mental yang teruk sehinggakan sebarang perlakuan aneh atau salah yang dilakukan oleh pesakit tidak dapat dipertanggungjawabkan ke atas dirinya dari segi undang-undang. Lihat juga psikosis, mania, skizofrenia dan paranoia.
delusiondelusiPerubatanTiadaKepercayaan peribadi yang salah dan yang berasaskan tanggapan yang silap tentang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Keadaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental, misalnya pesakit skizofrenia dan paranoia. Takrifan ini tidak berkaitan pun dengan kepercayaan agama.
amphetamineamfetaminaKimiaForensikFormula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak berumur sehingga 2 tahun dan 100 mg bagi orang dewasa.

Kembali ke atas