paratextuality | paratekstualiti | Kesusasteraan | Tiada | Pencedokan bahan daripada karya asal yang kemudiannya digunakan dalam teks baharu bertujuan menghasilkan parodi. Parodi ialah karya sastera yang meniru gaya pengarang atau pencipta lain dengan cara yang melucukan atau menyindir. |
parody | parodi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi ringan yang merupakan suatu gubahan, mengandung unsur-unsur mengejek, secara serius terhadap sebuah karya asal seseorang pengarang. |
parody | parodi | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
parody | parodi | Muzik | Tiada | 1. Karya yang dicipta untuk mempersendakan karya lain yang lebih serius melalui karikatur muzikal. Contohnya, teks baru yang berjenaka digunakan untuk menggantikan teks asal, suasana dan perwatakan karya asal diputar belit dan ditokok tambah. Contohnya, Golliwog's Cake Walk daripada Children's Corner oleh Debussy (1862-1918).
|
satire | satira | Kesenian | Drama dan Teater | Gaya parodi atau sindiran dalam karya seni atau sastera untuk tujuan kritikan sosial. Watak dalam karya jenis ini biasanya terdiri daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan. Contohnya, novel Tikus Rahmatkarya Hassan Ibrahim. |
pastiche | pastic | Kesusasteraan | Tiada | 2. Perasaan merendahkan, digunakan dalam satira atau parodi. |
satyr play | lakon satira | Kesenian | Drama dan Teater | Drama yang mengemukakan cerita melalui parodi atau sindiran secara langsung. |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |