cabinet formateur | pembentuk kabinet | Sejarah | Tiada | Kumpulan orang tertentu dari sebuah parti politik atau beberapa parti politik yang bergabung memegang jawatan menteri dalam pentadbiran kerajaan. |
defect (political) | belot; paling tadah; lompat; loncat | Sejarah | Tiada | Pengkhianatan atau pembelotan dari satu kumpulan atau parti politik untuk memasuki parti atau kumpulan yang lain. |
coalition government | kerajaan campuran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pemerintahan yang dibentuk daripada beberapa komponen parti politik yang memenangi pilihan raya umum bagi sesebuah negara. Oleh sebab satu parti tidak mampu membentuk kerajaan sendiri kerana kegagalan mendapatkan kerusi majoriti di Parlimen, maka kerajaan akan dibentuk melalui gabungan beberapa buah parti yang memenangi pilihan raya umum tersebut. Dalam konteks ini akan berlaku perkongsian kuasa di antara dua atau tiga pihak yang membentuk kerajaan campuran. Pada masa yang sama akan wujud pembahagian jawatan dalam kerajaan berasaskan kepada kerusi di Parlimen. |
Nazism | fahaman Nazi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Doktrin dan polisi Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional yang memerintah Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler pada tahun 1933 hingga 1945. Anggota parti ini dikenali dengan nama singkatan Nazi. Menurut dogma Nazi, manusia boleh diklasifikasikan secara saintifik kepada kaum yang superior dan inferior. Kaum yang teratas sekali ialah Nordik atau Jerman, iaitu jenis kaum Aryan, manakala kulit hitam dan Yahudi ialah kaum yang paling rendah martabatnya. Golongan Nazi telah menuduh orang Yahudi menghalang pembentukan bangsa tuan dalam kalangan kaum Aryan. Mereka menuduh orang Yahudi Jerman telah berpaling tadah terhadap Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, golongan Nazi telah memaksa dogma dan sistem mereka ke atas Eropah. Berjuta-juta orang Yahudi, Rusia dan Poland telah dibunuh dan dijadikan buruh paksaan. Walau bagaimanapun, kekalahan dan kejatuhan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua telah menyelamatkan Eropah daripada kekejaman Nazi dan fahaman Nazi telah diharamkan di negara Jerm |
Bolshevism | Bolshevisme | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Fahaman yang timbul hasil persidangan kaum sosialis Rusia yang diadakan di London pada bulan Julai 1903. Persidangan ini bertujuan untuk menentukan kedudukan dasar dan Parti Sosial Demokrat pimpinan Lenin. Persidangan ini dihadiri oleh perwakilan sayap kiri yang radikal pimpinan Lenin dan sayap kanan yang sederhana pimpinan Martoff. Penyokong Lenin menuntut agar pucuk pimpinan parti diberi kuasa yang luas, manakala pihak berhaluan sederhana menuntut agar pimpinan parti turut mengambil pertimbangan pandangan majoriti ahli parti. Dalam pungutan suara yang diadakan bagi menentukan pendirian parti, penyokong Lenin telah mengatasi puak haluan sederhana. |
party | parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
political party | parti politik | Geografi | Tiada | Tiada |
political party | parti politik | Sosiologi | Tiada | Tiada |
monolithic party | parti teguh | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Istiqlal Party | Parti Istiqlal | Sains Politik | Tiada | Tiada |