Magnetic Particle Testing (MT) | ujian partikel bermagnet (MT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu kaedah pengujian tanpa musnah yang menggunakan prinsip magnet dalam bahan feromagnet. Ujian partikel bermagnet digunakan untuk melihat perubahan struktur atau mengesan kecacatan pada permukaan dan subpermukaan. |
herbal filtration | penurasan herba | Herba | Tiada | Kaedah untuk mengasingkan partikel pepejal herba terampai daripada cecair ekstrak dengan cara mengalirkan larutan cecair melalui suatu bahantara. Contohnya penurasan larutan kacip fatimah untuk memisahkan hampas. Sinonim penapisan. |
herbal powder | serbuk herba | Herba | Tiada | Bahan herba dalam bentuk partikel halus. Serbuk ini diperoleh melalui proses pengisaran bahan herba dalam bentuk yang utuh dan telah dikeringkan. Serbuk herba digunakan dalam penghasilan kapsul dan tablet herba. Contohnya, serbuk tongkat ali dan kacip fatimah. |
inclusion | rangkuman | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sebarang jenis partikel bahan yang selalunya terperangkap secara fizikal semasa proses pembentukan matrik logam. Rangkuman ini wujud dalam kimpalan dan lazimnya dikategorikan sebagai ketakselanjaran. Contohnya, rangkuman tungsten, tembaga, dan sanga. |
bamboo-based composite | komposit berasaskan buluh | Buluh | Tiada | Gabungan unsur buluh seperti gentian, serat, partikel, serpih dan venir yang dilekatkan dengan menggunakan perekat. |
radiation sterilisation | pensterilan sinaran | Herba | Tiada | Penghapusan mikroorganisma melalui pendedahan bahan mentah dan sediaan herba kepada sinaran pengionan seperti sinaran gamma dan partikel beta. |
artemia cyst | sista artemia | Perikanan | Akuakultur | Telur artemia yang belum menetas. Pada kemasinan lebih daripada 100 ppt, artemia akan menghasilkan telur. Telur tersebut akan dikumpulkan dalam keadaan dorman. Telur artemia kelihatan seperti partikel kecil berwarna coklat keperang-perangan dan berbentuk bulat. Sumber sista artemia diperoleh daripada tasik-tasik garam seperti Great Salt Lake, Amerika Syarikat. Sista artemia ditinkan bagi tujuan komersial. |
cant | sendi kata | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan perkataan dalam sesebuah puisi terutama puisi moden yang tidak dapat berdiri sendiri sama ada sebagai subjek atau predikat. Penggunaan bertujuan menegaskan sesuatu makna yang hendak disampaikan. Umpamanya kata sendi, kata hubung dan partikel lah, kah, pun dan talz yang boleh digabungkan kepada perkataan lain. Sinonim kant. |
Non-destructive Testing (NDT) | ujian tanpa musnah (NDT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Pengujian sains dan teknologi menggunakan kaedah tertentu untuk menguji bahan, komponen, dan sistem dengan cara tidak merosakkan objek yang diuji. Terdapat lima kaedah pengujian yang lazim digunakan dalam industri, iaitu ujian radiografi (RT), ujian ultrasonik (UT), ujian penembus (PT), ujian partikel bermagnet (MT), dan ujian arus pusar (ET). Tujuan pengujian ini digunakan adalah untuk mengesan, menentukan kedudukan, mengukur, mentafsir dan menilai sesuatu kecacatan pada objek agar objek tersebut sesuai digunakan mengikut aplikasinya. Lihat juga ujian radiografi, ujian ultrasonik, ujian penembus, ujian partikel bermagnet, ujian arus pusar. |
herbal raw material specification | spesifikasi bahan mentah herba | Herba | Tiada | Perincian kualiti bagi bahan mentah herba yang digunakan untuk tujuan kawalan kualiti dalam pemprosesan sediaan atau penghasilan produk akhir herba. Biasanya, spesifikasi ini mengandungi nama botani dan famili tumbuhan, asal usul sumber tumbuhan, bahagian tumbuhan yang digunakan, ciri makroskopi dan mikroskopi, ujian pengecaman, ujian had, ujian ketulenan, nilai ekstraktif, assai dan ujian lain seperti penentuan saiz partikel dan kandungan residu pelarut. |