Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.rut] | ڤاروت

Definisi : 1. = pemarut, parutan alat utk meng­ukur kelapa dll; 2. bekas luka (bisul dll) pd kulit: di dahinya kelihatan satu ~ yg telah tua; 3. bekas ditetak pd pokok (kayu dll): kapak itu mengunggis ~-~ luka di pokok itu; luka itu sembuh ~nya tinggal juga = luka sudah hilang ~ tinggal juga prb walaupun sudah berbaik-baik tetapi dlm hati, perte­lingkahan yg lepas itu terasa jua; berparut mempunyai parut: kepala yg ~; memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut: kelapa diparut kemudian diperah; parutan 1. parut; 2. sesuatu yg sudah diparut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.rut] | ڤاروت

Definisi : 1 = pemarut alat yg digunakan utk mengukur kelapa. 2 bekas luka atau kudis yg terdapat pd kulit. berparut 1 sudah dikukur isinya (bkn kelapa). 2 ada parutnya: Mukanya ~. memarut mengukur (kelapa dll) dgn parut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parut (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemarut: sagat, penyagat, kukur, pengukur,

2. Bersinonim dengan bekas: palau, birat, cena, tanda, kesan,

Kata Terbitan : berparut, memarut,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sheath scarparut pelepahBuluhTiadaParut yang tertinggal pada batang kulma buluh selepas selaput kulma gugur.
pontil markparut pontilKesenianHiasan DalamanParut atau tanda yang terjadi hasil daripada pemisahan batang besi semasa proses membentuk kaca dalam keadaan lebur.
knotbuku kayu; simpul; buku; knot (unit)KejuruteraanTiada3. Parut pada kayuan yang menandai tempat dahan keluar dari batang kayu.,4. Knot: Kelajuan satu batu nautika sejam. 1 batu nautika adalah 1852 meter.,5. Keadaan apabila tugas tentu dalam sistem pelbagai pengaturcaraan tidak tertegun kerana ia menanti peristiwa yang tidak akan berlaku.
cicatrizantsikatrizanHerbaFitoterapiBahan yang berupaya membantu penyembuhan luka melalui pembentukan parut.
pulmonary fibrosisfibrosis pulmonariKejururawatanTiadaPenebalan tisu perantara paru-paru akibat pembentukan parut yang menyebabkan paru-paru hilang kekenyalan. Sering kali terjadi akibat inflamasi atau kecederaan.
Z-plastyplasti-ZKejururawatanTiadaTeknik insisi bentuk Z yang digunakan dalam pembedahan plastik untuk melegakan ketegangan tisu parut.
ascorbic acidasid askorbikPerikananAkuakulturBahan organik atau dikenali juga sebagai vitamin C yang sangat diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang terhad untuk pembentukan tisu penyambung dan tisu parut semasa pembaikan luka dan matriks tulang. Keperluan asid askorbik bagi setiap organisma adalah bergantung pada keadaan dan organisma tersebut. Asid askorbik tidak dapat disintesis dalam jumlah yang mencukupi oleh organisma. Oleh itu, asid askorbik perlu dibekalkan dalam diet. Ikan tidak boleh mensintesis asid askorbik, kekurangan asid ini akan menyebabkan luka lambat sembuh, timbul ulser pada kulit sirip, luka, perdarahan dan pembentukan tulang yang tidak sempurna atau cacat.

Kembali ke atas