Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang I 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
height of tideketinggian pasang surutSains MarinTiadaJarak menegak di antara permukaan laut dengan carta datum. Jumlah kedalaman air didapati dengan menambah ketinggian air pasang dengan kedalaman laut. Contohnya, pada carta yang menunjukkan 6 m, ketinggian air yang rendah yang diramalkan ialah 1 m, maka kedalaman sebenar atas dasar laut pada air yang rendah ialah 7 m.
backfiresedakanKejuruteraan AutomotifEnjin1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat.
autosomeautosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKromosom yang bukan kromosom seks. Autosom dipaparkan secara berpasangan dan mempunyai ahli yang berbentuk sama, tetapi berbeza daripada pasangan lain dalam sel diploid. Autosom merupakan kromosom bernombor yang mengandungi gen bagi sebarang perkara yang tidak berkait dengan penentuan seks. Contoh, lembu mempunyai 29 pasang autosom yang bernombor daripada 1 hingga 29. Nombor ini menunjukkan saiz autosom. Kromosom 1 merupakan kromosom yang terpanjang dan kromosom 29 merupakan kromosom yang terpendek.

Kembali ke atas