Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sang.pa.sang] | ڤاسڠ

Definisi : sj pe­nyakit yg disebabkan oleh terkumpulnya bendalir yg tidak normal dlm ruang kekantung pd buah zakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang-pasang

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high tideair pasangSains MarinTiadaKeadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut.
tidal periodkala pasang surutSains MarinTiadaSelang masa antara dua pasang surut berturut-turut seperti fasa pasang surut atau arus pasang surut.
ebb tidepasang menyurutSains MarinTiadaIstilah tak teknikal yang merujuk tempoh pasang surut antara air pasang dan air surut berikutnya.
tidal deltadelta pasang surutSains MarinTiadaDelta yang terbentuk akibat pengaruh pasang naik dan pasang surut yang ekstrem.
mean high watermin air pasangSains MarinTiadaPurata perubahan ketinggian air pasang tinggi pada pasang surut yang bercampur sepanjang tempoh 19 tahun.
mixed tidepasang surut campuranSains MarinTiadaAras air pasang dan air surut yang mempunyai perbezaan ketara, berlaku dua kali pasang dan dua kali surut dalam sehari dan boleh bertukar menjadi pasang surut jenis harian. Keadaan ini berlaku di perairan Semenanjung Malaysia.
diurnal tidepasang surut harianSains MarinTiadaPasang surut yang berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Keadaan ini hanya berlaku di beberapa perairan laut seperti di Laut Jawa, negara Mexico, China dan Vietnam.
semidiurnal tidepasang surut separuh harianSains MarinTiadaPasang surut yang berlaku dua kali pasang dan dua kali surut sehari dengan hanya perbezaan kecil pada tahap tertinggi dan terendah.
slack tidepasang surut genangSains MarinTiadaTurun-naik aras air laut akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Pada waktu air pasang, air laut tenang dan kadangkala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 km. Pada waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.
tidal currentarus pasang surutSains MarinTiadaPergerakan berkala air laut yang disebabkan oleh gerakan pasang surut air laut akibat kenaikan dan penurunan arus air laut. Gerakan menegak pasang surut berhampiran pantai menyebabkan air laut bergerak mendatar dan mewujudkan arus. Selain itu, arus ini terbentuk disebabkan oleh faktor seperti corak cuaca tempatan (gelombang sinaran), ciri-ciri laut (pasang surut) dan faktor geografi.
1234567

Kembali ke atas