Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sa.ran] | ڤاسرن

Definisi : 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
market forcesdaya pasaranEkonomiTiadaFaktor-faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran sesuatu barangan yang seterusnya mempengaruhi tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. Umumnya, apabila permintaan pasaran lebih besar daripada penawaran pasaran maka harga akan cenderung naik dan kuantiti akan cenderung bertambah. Keadaan sebaliknya akan berlaku apabila penawaran pasaran melebihi permintaan pasaran.
partial equilibrium analysisanalisis keseimbangan separaEkonomiTiadaAnalisis tentang suatu pasaran secara terasing, tanpa mengambil kira kesan balas terhadap pasaran lain. Misalnya, analisis keseimbangan separa bagi pasaran suatu barang menyelidik syarat-syarat pasaran tersebut dengan andaian bahawa harga barang lain diberi atau dianggap tetap. Dalam analisis tersebut kesan perubahan harga barang itu terhadap harga pasaran barang-barang lain yang berkaitan diabaikan, termasuk juga harga faktor pengeluaran.
arbitragearbitrajEkonomiTiadaKegiatan membeli pertukaran asing, sekuriti, atau komoditi di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain secara serentak dengan harga yang lebih tinggi. Kegiatan ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga antara dua pasaran. Kemudahan memindahkan mata wang melalui telegraf antara pusat perdagangan di Kuala Lumpur dengan pusat perdagangan di New York atau di London, membolehkan arbitraj terhadap mata wang dilakukan.
monetary economicsekonomi kewanganEkonomiTiadaCabang ekonomi yang membincangkan wang dan peranannya dalam ekonomi. Ekonomi kewangan merangkumi kajian tentang pasaran wang, pasaran modal, dan institusi kewangan.
market economyekonomi pasaranEkonomiTiadaEkonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan.
duopolyduapoliEkonomiTiadaPasaran persaingan tak sempurna yang mengandungi dua pengeluar atau penjual bagi satu barangan yang bersaing untuk mendapatkan pelanggan melalui persaingan harga dan persaingan bukan harga. Untuk mengelakkan kerugian, pengeluar atau penjual mungkin berkongsi pasaran seperti membahagikan pasaran mengikut kawasan dan berjanji tidak bersaing dalam kawasan masing-masing.
go-to-marketpasaran bersasarPerniagaanTiadaPelan tindakan sesuatu syarikat untuk mempromosikan dan melancarkan produk atau perkhidmatannya dalam pasaran dengan cara yang dapat menarik minat pelanggan sasaran.
market absorbtion ratekadar serapan pasaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKadar unit rumah yang siap dibina diserapkan ke dalam pasaran. Ia merupakan penunjuk kasar yang boleh digunakan untuk menggambarkan permintaan berkesan.
market area analysisanalisis kawasan pasaranPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPendekatan peletakan industri yang menekankan permintaan atau faktor-faktor pasaran.
mid-market ratekadar pasaran pertengahanEkonomiTiadaTitik tengah antara harga beli dan jual bagi dua mata wang pada bila-bila masa. Kadar pasaran pertengahan sentiasa berubah disebabkan oleh permintaan dan penawaran mata wang yang sentiasa berubah.
12345678910...

Kembali ke atas