open market value | nilai pasaran terbuka | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
treasury bill | bil perbendaharaan | Ekonomi | Tiada | Bon jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meminjam daripada bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa tertentu. Kegiatan bank pusat menjual dan membeli bon ini dalam pasaran terbuka mempengaruhi stok wang edaran. Lihat juga operasi pasaran terbuka. |
medium cost house | rumah kos sederhana | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rumah kediaman yang dibina untuk pasaran terbuka dengan harga yang sederhana. |
certificate of free sale | sijil jualan bebas | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen diakui yang diperlukan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) bagi barangan import yang dijual secara lazim dan bebas di pasaran terbuka negara pengeksport, dan diluluskan untuk dieksport. |
monetary policy | dasar kewangan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan yang bertujuan untuk mencapai kestabilan guna tenaga dan harga, pertumbuhan ekonomi dan keseimbangan pembayaran, dengan mengawal penawaran wang, kadar bunga, dan keadaan kredit. Alat dasar kewangan utama ialah nisbah rizab wajib, kadar diskaun, operasi pasaran terbuka, dan penetapan kadar bunga. |
liberalism | liberalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran yang menekankan kebebasan individu, persaingan yang terbuka dan pasaran bebas dengan campur tangan yang minimum daripada pihak pemerintah. Idea ini telah menjadi asas kepada sistem ekonomi kapitalisme. Dalam proses persaingan politik, asas kebebasan ini berkembang dalam falsafah politik yang berpegang kepada nilai rasional dan keterbukaan. Pemikiran ini tidak menghalang sebarang cabaran, penentangan secara sihat dan kritikan orang ramai terhadap pemerintah. Dalam amalan harian, liberalisme ditonjolkan melalui pergerakan NGO, gerakan aktivis sosial, kehadiran pembangkang dan kebebasan media. Dengan itu, liberalisme cenderung melahirkan kerajaan yang bertukar ganti. |
peresteroika | perestroika | Sains Politik | Politik Perbandingan | Program penyusunan semula struktur ekonomi Soviet Union. Program ini dilancarkan secara rasmi oleh presiden negara tersebut Mikhael Gorbachev pada tahun l987. Makna sebenar program ini menimbulkan perdebatan tetapi secara umum ia mula membuka inisiatif untuk memperbaik sistem ekonomi Soviet Union tanpa menggugat kuasa parti komunis di negara itu. Sehubungan itu, berbagai-bagai langkah demokratik dibenarkan seperti membolehkan sistem pasaran ekonomi terbuka, pemilikan individu, penerimaan tuntutan orang ramai dan sebagainya. Program ini bertujuan mempercepat kemajuan ekonomi dan kedinamikan masyarakat. Idea kreatif orang ramai digalakkan, penonjolan penemuan sains dan teknologi baru untuk kesejahteraan masyarakat diketengahkan. Perubahan dasar ini telah mendorong kepada pelbagai tuntutan dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada keruntuhan sistem komunis di negara tersebut. |