post boarding | pasca pemapanan | Kesenian | Tiada | Tiada |
post germination | pasca percambahan | Pertanian | Agronomi | Keadaan selepas biji benih bercambah. Peringkat ini penting untuk tumbesaran awal tanaman. Pada peringkat pascapercambahan, tanaman memerlukan sumber air, nutrien, dan cahaya yang secukupnya. Pada kebanyakan tanaman, peringkat ini ditempatkan dalam kawasan semaian untuk penjagaan tanaman yang rapi. |
postpioneer business | perniagaan pasca perintis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perniagaan yang diteruskan selepas tempoh perintis. |
postpioneer business | perniagaan pasca perintis | Ekonomi | Tiada | Tiada |
Post-emergence herbicide | Racun pasca cambah | Pertanian | Tiada | Racun herba yang disembur pada anak rumpai iaitu pada peringkat awal pertumbuhan rumpai tersebut. Contoh |
post-herpetic neuralgia | neuralgia pasca herpes | AIDS | Tiada | Gejala sakit selepas jangkitan virus varisela zoster atau kayap akibat radang saraf pada bahagian tertentu. |
Taconian orogeny | orogeni Taconian | Geologi | Tiada | Diastrofisme berusia pasca-Ordovisi. |
Bretton Woods Agreement | Persetujuan Bretton Woods | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan antarabangsa pasca-Perang Dunia Kedua mengenai penstabilan kewangan, masalah ekonomi dan pembangunan dunia. Persidangan ini diadakan pada tahun 1944 di Bretton Woods, Amerika Syarikat. Persidangan ini telah dihadiri oleh wakil 44 buah negara. Hasil persidangan ini semua pihak bermuafakat bagi penubuhan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia atau Bank Antarabangsa mengenai Pembangunan dan Pemulihan (IBRD). Keanggotaannya terbuka kepada semua negara. Setiap negara anggota perlu membayar yuran sama ada dalam bentuk emas atau nilai mata wang negara sendiri. |
Bretton Woods Institution | Institusi Bretton Woods | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi yang ditubuhkan oleh Persidangan Bretton Woods 1944 untuk mengatur sistem ekonomi antarabangsa pasca- Perang Dunia Kedua. Institusi tersebut terdiri daripada tiga buah badan, iaitu Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (ITO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Walau bagaimanapun, penubuhan ITO tidak menjadi kenyataan dan digantikan oleh satu kerangka ad hoc, iaitu Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) pada tahun 1947, tetapi kemudiannya ditamatkan apabila tertubuhnya Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 1995. |
crop husbandry | pemeliharaan tanaman | Pertanian | Agronomi | Amalan menanam dan menghasilkan tanaman secara sistematik yang meliputi penyediaan tanah, penanaman benih, pembajaan, pengawalan rumpai dan musuh tanaman, pemangkasan, penuaian dan pengurusan pasca tuai. Tujuan pemeliharaan tanaman adalah untuk menjana pendapatan daripada hasil tanaman. Oleh itu, semua amalan pemeliharaan tanaman mestilah mengambil kira aspek ekonomi. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan pulangan maksimum dari sebidang tanah dengan kos yang terendah serta memelihara kesuburan tanah. Teknik pemeliharaan tanaman yang diamalkan biasanya berdasarkan hasil penyelidikan. |