Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1. menerima pengaruh (tidak mempe­ngaruhi), tidak giat (melawan dll), lwn aktif: menunjukkan sifat yg beku dan ~ terhadap kegiatan sosial; 2. (Lin) bkn bentuk kata kerja yg digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pd kata kerja, mis Ahmad dikejar lembu; 3. Id pengeluaran lebih drpd penerimaan; mempasifkan 1. menyebabkan tidak aktif: lapisan sulfida dapat ~ tampalan gigi dan mengurangkan kakisan; 2. (Lin) menjadikan ayat atau kata kerja dlm bentuk pasif: ayat yg mengandungi objek boleh dipasifkan; kepasifan perihal pasif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sif] | ڤاسيف

Definisi : 1 bersikap menerima saja tanpa memberikan tindak balas; tidak aktif: Guru sering menghadapi masalah utk membimbing murid-murid yg ~. 2 ist bentuk ayat yg menunjukkan subjeknya menderita atau menerima kesan sesuatu perbuatan: ayat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absorptionpenyerapanVeterinarPraklinikalProses pengambilan bahan terlarut atau air oleh sel melalui membran secara pasif atau aktif. Penyerapan pasif bergantung pada daya resapan dan osmosis tanpa memerlukan tenaga. Penyerapan aktif pula memerlukan penggunaan tenaga daripada adenosina trifosfat atau berlaku melalui kuasa ion elektrokimia dan keafinan yang tidak memerlukan tenaga secara langsung.
continuous passive motion (CPM)gerakan pasif berterusanGerontologiTiadaPergerakan pasif yang membantu pemulihan tulang rawan dan biasanya dilakukan selepas pembedahan pembentukan semula lutut.
passive diffusion of drugdifusi pasif ubatPerubatanTiadaLihat angkutan pasif ubat.
passive FTPFTP pasifTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah pemindahan fail yang lebih selamat berbanding FTP biasa. Dalam FTP pasif, penyambungan ke pelayan fail serta arah dan kawalan aliran data ditetapkan oleh pelanggan FTP dan bukannya pelayan FTP. Hal ini membenarkan pengguna mengawal aliran data bagi mengelakkan pemintasan data oleh pengguna hasad.
passive gearperalatan pasifPerikananTiadaSemua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan.
passive transport of drugangkutan pasif ubatPerubatanTiadaProses pemindahan atau difusi molekul ubat melalui lapisan membran sel menuruni cerun kepekatannya dan tidak memerlukan penggunaan tenaga. Proses ini boleh berlaku semasa penyerapan ubat dari usus atau pergerakan molekul ubat melalui mana-mana halangan biologi di dalam badan. Kadar pergerakan molekul bergantung kepada saiz, kelarutan lemak, dan pengutuban molekul serta keluasan permukaan organ difusi. Sinonim difusi pasif ubat.
electronic warfare supportsokongan peperangan elektronikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah peperangan elektronik yang menggunakan spektrum elektronik secara pasif bertujuan untuk mengumpul maklumat strategik pihak lawan. Kaedah ini juga berguna untuk memintas serangan yang telah dilancarkan oleh pihak lawan. Oleh sebab kaedah ini dilakukan secara pasif menyebabkannya lebih sukar dikesan berbanding serangan elektronik.
passivepasifKimiaTiadaTiada
passivepasifLinguistikTiadaTiada
passivepasifPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas