North Pacific current | arus Pasifik Utara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Cabang selatan arus Kuroshio yang panas (hingga di sebelah timur longitud 160�T) yang mengalir ke timur melintasi Lautan Pasifik. Bahagian utama arus Pasifik Utara tidak berlanjutan melintasi Lautan Pasifik, tetapi membelok semula ke arah barat di longitud sekitar kepulauan Hawaii. |
circum-Pacific highland | banjaran gunung lilit-Pasifik | Geografi | Tiada | Jaluran banjaran gunung melingkungi Lautan Pasifik iaitu di sepanjang pinggir benua Asia dan Amerika dan bertemu dengan jaluran Eurasia-Melanesi di Sulawasi. |
Africa, Caribbean and Pacific (ACP)) | Afrika, Caribbean dan Pasifik | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pakatan negara-negara Afrika, Caribbean dan Pasifik yang memerlukan bantuan khas dan skim perdagangan istimewa daripada negara maju. Pembentukan rejim perdagangan dan bantuan khas negara maju khususnya Kesatuan Eropah terhadap ACP telah dimeterai di Yaound�, Cameroon dan Lome, Togo. Terma bantuan Kesatuan Eropah kepada negara ACP selari dengan konvensyen Lome keempat yang dimeterai pada tahun 1990. Namun demikian, kritikan yang kerap dibuat oleh anggota ACP ialah bantuan pembangunan yang dijanjikan oleh negara maju khususnya dalam menangani masalah kebuluran, pertumbuhan ekonomi dan memperbaik taraf sosial rakyat tidak mencapai matlamat. Sinonim ACP. |
Pasific suite | suit Pasifik | Geologi | Tiada | Sekumpulan besar batuan igneus yang dicirikan oleh batuan kalsik dan batuan kalk-alkali, terutamanya di rantau jalur orogeni lilit-Pasifik. |
APNIC (Asia Pacific Network Information Centre) | APNIC (Pusat Maklumat Rangkaian Asia Pasifik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu kumpulan Asia Pasifik yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dan mempromosi rangkaian TCP/IP . |
Asia Pacific Postal Union (APPU) | Pertubuhan Pos Asia Pasifik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pertubuhan yang dianggotai oleh pentadbiran pos negara-negara kawasan Asia Pasifik bertujuan menyelaras peraturan khas yang berkaitan dengan perkhidmatan pos dalam hubungan antara negara-negara tersebut. |
circum-Pacific province | wilayah lilit-Pasifik | Geologi | Tiada | Kumpulan batuan igneus yang besar yang dicirikan oleh batuan kalsik dan kalk-alkali, terdapat terutamanya di rantau jalur orogeni lilit-Pasifik. |
African, Caribbean and Pacific Group (ACP) | Kumpulan Afrika, Carribean dan Pasifik (ACP) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kumpulan negara dari Afrika, Carribean dan Pasifik yang menganggotai Konvensyen Lome 1975 dengan Kesatuan Eropah. Kriteria negara ACP ialah negara yang kurang membangun, negara tanpa pantai dan negara kepulauan kecil. Penyertaan dalam ACP membolehkan hasil mentah dari negara ACP diperoleh dengan lebih mudah dan murah dalam pasaran Eropah, sementara barangan dari Eropah mendapat laluan ke dalam pasaran ACP. Negara ACP juga menikmati manfaat daripada dana khas yang ditubuhkan oleh Kesatuan Eropah bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian mereka. Kini, kumpulan ACP tertakluk kepada Perjanjian Cotonou 2000 yang menggantikan Konvensyen Lome. |
temporale | angin temporal | Sains | Hidrometeorologi | Angin berhujan yang bertiup antara barat daya dan barat akibat pesongan angin pasat tenggara Pasifik Selatan bahagian timur ke pantai Pasifik Amerika Tengah. Angin temporal paling kerap bertium dalam bulan Julai dan Ogos, apabila ia mencapai daya bebadai dan mengakibatkan laut bergelora. |
Pacific Ocean | Lautan Pasifik | Geografi | Tiada | Tiada |