Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi, tidak boleh tidak, tentu; belum ~ belum nyata, belum tentu; ilmu ~ ilmu hisab; kurang ~ kurang nyata (jelas), tidak tahu benar-benar; memastikan menyatakan dgn pasti, menen­tukan (menetapkan) dgn pasti: yg dapat dipastikan hanyalah badannya amat tegap; seseorang pemberita mesti ~ dahulu fakta-faktanya; kepastian perihal pasti, ketentuan: aku tercengang mendengar ~ yg tidak tertolak itu; Dato’ Ujang sudah berani membuat ~ bahawa perempuan itu sudah berubah sikapnya; ketidakpastian perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; pemastian perbuatan memastikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pas.ti] | ڤستي

Definisi : tidak salah lagi; tidak boleh tidak; tentu: Kita ~ akan berjaya. memastikan menentukan sesuatu dgn pasti; mengatakan dgn pasti: Kita tidak dpt ~ pasukan mana yg akan menang. kepastian hal pasti; ketentuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasti (adjektif)
Bersinonim dengan tentu, mesti, sah, sahih, tidak boleh tidak, nescaya, yakin, percaya, sabit, nyata, terang, muktamad, positif, definitif, tepat, betul, benar;,
Kata Terbitan : memastikan, kepastian, pemastian,

Peribahasa

Pecah menanti sebab,
     retak menanti belah.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
threat assessmenttaksiran ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer.
microsatellite analysisanalisis mikrosatelitBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah untuk mengenal pasti pewarisan gen berdasarkan DNA mikrosatelit. Kaedah ini diaplikasikan dalam bidang sains forensik. Contohnya untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa. Lihat juga DNA mikrosatelit.
significant figureangka berertiKimiaKimia AnalisisBilangan digit yang perlu untuk menyatakan hasil pengukuran sesuai dengan kepresisan yang diukur. Ia biasanya terdiri daripada digit-digit yang diketahui dengan pasti ditambah satu digit tak pasti. Misalnya, suatu isi padu cecair 20.57 ml. Nilai 20.5 adalah nilai yang diketahui dengan pasti dan digit yang terakhir iaitu 7 merupakan nilai anggaran. Oleh yang demikian, bilangan angka bererti bagi nombor ini ialah 4.
identificationpengecamanPertanianTiadaProses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
undecided voterpengundi tidak pastiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang tidak berpendirian teguh dalam sesuatu pengundian dan tidak langsung mempunyai ikatan kepartian dengan mana-mana calon atau parti. Pengundi ini banyak dipengaruhi oleh kempen serta propaganda dan hanya akan membuat pemilihan pada hari pengundian. Tindakan saat akhir mereka ini akan menentukan kerajaan kelak. Pengundi tidak pasti yang ramai akan menyebabkan kerajaan bertukar ganti dengan lebih kerap.
annuity certainanuiti pastiinsuransTiadaAnuiti yang menyediakan pendapatan untuk tempoh yang ditetapkan tanpa mengambil kira sama ada individu yang dilindungi itu masih hidup atau telah mati.
subitizationpengecamkilasanPsikologiTiadaKeupayaan mengenal pasti jumlah objek dalam suatu kelompok kecil secara serta-merta tanpa perlu mengira atau mencongak.
assemblyrakitanKesenianHiasan DalamanProses mengenal pasti dan menghimpun komponen terurai yang berfungsi supaya menjadi suatu gabungan untuk membuat suatu reka bentuk, seperti kabinet, tingkap atau pintu.
subitizecam kilasPsikologiTiadaPerbuatan mengenal pasti jumlah objek dalam suatu kelompok kecil secara serta-merta tanpa perlu mengira atau mencongak.
12345678910...

Kembali ke atas