drug patent | paten drug | Herba | Pemiawaian | Drug yang telah didaftarkan di institusi yang memberikan perkhidmatan paten untuk melindungi harta intelek. Contohnya, agensi MyIPO yang menguruskan paten drug di Malaysia. |
orphan drug | dadah tanpa paten | Sains Kesihatan | Tiada | Dadah yang dibangunkan tanpa paten |
intellectual property crime | jenayah harta intelek | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang melibatkan penghasilan, penjualan atau pengedaran barangan tiruan yang bertentangan dengan hak cipta, paten, tanda niaga, reka bentuk industri atau hasil kesenian untuk mengaut keuntungan. |
intangible asset | aset tak ketara | Ekonomi | Tiada | Aset yang tidak mempunyai kewujudan fizikal. Aset ini memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran tunai atau faedah lain, seperti hak untuk menjalankan perniagaan. Misalnya, paten, hak cipta, muhibah, dan jenama. |
fixed asset | aset tetap | Ekonomi | Tiada | Aset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan. |