water distillation | penyulingan air | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan air. Bahan herba dididihkan dalam air dan campuran wap minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Penyulingan air ialah kaedah rasmi untuk menentukan kuantiti minyak pati dalam bahan mentah herba. Contohnya, penentuan nilai ekstraktif minyak pati dalam bunga cengkih dan minyak kayu putih. |
volatile oil determination | penentuan minyak meruap/pati | Herba | Tiada | Prosedur penentuan kandungan minyak meruap/pati dalam bahan herba. Nilai peratusannya merupakan ukuran kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan minyak biasanya meruap/pati dalam sejumlah berat bahan diukur dengan kaedah penyulingan stim menggunakan peralatan Clavenger. Contohnya, menurut British Pharmacopoeia, had piawai minyak meruap/pati bagi biji buah pelaga ialah tidak kurang daripada 4.0%v/w dan bagi kulit kayu manis ialah tidak kurang daripada 1.0%v/w. |
steam distillation | penyulingan stim | Herba | Tiada | Kaedah mengasingkan minyak pati daripada bahan herba dengan menggunakan wap stim. Wap stim dialirkan melalui bahan herba dan minyak pati menyejat dan terkondensasi semula untuk menghasilkan minyak pati yang terpisah. Kaedah ini digunakan dalam pengekstrakan minyak pati pada skala industri. Contohnya, pengekstrakan minyak cengkih dan minyak tea tree. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Pemiawaian | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahagian herba seperti daun, bunga, buah dan kulit kayu melalui penyulingan stim dan penyulingan air. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus), minyak pati daun kesum (Polygonum minus) dan minyak pati pudina (Mentha arvensis). |
herbal distillate | sulingan herba | Herba | Tiada | Pati herba yang diperoleh secara penyulingan seperti minyak pati, minyak meruap dan minyak tetap. |
relaxant | relaksan | Herba | Pemiawaian | Agen yang dapat mengurangkan tekanan atau kesakitan, khususnya pada otot atau anggota badan. Minyak pati merupakan salah satu contoh agen relaksan yang dapat melegakan, menghasilkan rasa dingin dan segar. Contohnya, minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus) dan minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra). |
aromatherapy | aromaterapi | Herba | Tiada | Amalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Tiada | Minyak pati yang berbau dan mudah meruap. Minyak ini diperoleh daripada bahan herba, contohnya daun, bunga, buah, kulit kayu dan lain-lain melalui penyulingan stim, penyulingan air, pemerahan atau diekstrakkan dengan pelarut mudah meruap. Komponen utama minyak pati terdiri daripada terpena dan terbitannya. Minyak meruap digunakan sebagai bahan perisa (minyak limau purut), bahan wangian (minyak gaharu) atau sebagai bahan pemula untuk sintesis sebatian lain (minyak terpentin). Untuk tujuan terapeutik, minyak meruap digunakan secara sedutan (minyak eukaliptus) dan ubat kumur (timol). Lazimnya kepekatan yang digunakan ialah 1-3% dalam minyak urut, 10 titik untuk air mandian atau 3-5 titik untuk pengewapan. Kawalan kualiti kandungan minyak meruap diukur melalui kaedah penyulingan stim dengan peralatan piawai. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai minyak meruap piawai bagi biji buah pelaga tidak kurang 4.0%v/w dan minyak pati bagi kulit kayu manis tidak kurang 1.0%v/w. Sinonim minyak pati. |
cold pressing | penekanan sejuk | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan minyak pati daripada bahan herba segar atau cecair ekstrak daripada residu bahan herba dengan cara penekanan pada suhu bilik. Contohnya, minyak pati daripada kulit buah sitrus dan ekstrak cecair daripada residu lidah buaya. |
rubefacient | ubat gosok | Herba | Pemiawaian | Sediaan herba yang digunakan untuk membantu meningkatkan aliran darah pada anggota yang terseliuh atau melegakan sakit otot. Contohnya, minyak pati kayu putih (Melaleuca leucadendra) dan minyak pati serai wangi (Cymbopogon nardus). |