Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.to.gen] | ڤاتوݢن

Definisi : (Ubat) agen yg menyebabkan penya­kit, terutamanya organisma seni spt bakteria dan virus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disease transmissionpenularan penyakitPerikananAkuakulturPemindahan agen berjangkit seperti patogen daripada ikan yang sakit kepada ikan yang sihat secara horizontal atau vertikal. Penularan penyakit secara horizontal merujuk kepada pemindahan terus patogen daripada persekitaran melalui sentuhan dengan ikan sakit, najis, air atau peralatan ternakan/tangkapan yang tercemar dengan patogen. Penularan penyakit secara vertikal pula adalah pemindahan jangkitan atau penyakit yang diwarisi daripada induk kepada telur ikan.
incubationpengeramanPerikananAkuakulturProses perkembangan pembiakan patogen atau penyakit berjangkit dalam ikan, bermula daripada kehadiran patogen sehingga terdapatnya gejala. Pengeraman juga merujuk kepada pengkulturan bakteria atau virus dalam media spesifik dalam keadaan terkawal melalui kaedah mikrobiologi atau diagnosis penyakit ikan.
phagocytosisfagositosisPerikananAkuakulturPengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati.
resistancerintanganPerikananAkuakulturKemampuan ikan untuk menahan dan tidak terjejas dengan serangan patogen tertentu. Rintangan juga merupakan keupayaan patogen untuk menahan kesan antibiotik atau kimia akibat daripada penggunaan kimia dan antibiotik yang berlebihan atau secara berterusan tanpa kawalan.
antigenantigenPerikananAkuakulturProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi tertentu, sama ada secara semula jadi (melalui serangan penyakit) atau diaruhkan (melalui vaksinasi). Antigen boleh dibentuk melalui sebahagian atau keseluruhan sel patogen yang telah dimatikan atau dilemahkan menggunakan teknik seperti pemanasan, penghancuran atau pengawetan.
pathogenpatogenPerikananAkuakulturMikrob yang menyebabkan atau menjadi punca penyakit kepada ikan.
pathogenpatogenKejururawatanTiadaMikroorganisma yang membawa penyakit atau kesan buruk kepada perumah atau hos.
opportunistic pathogenpatogen oportunistikPerikananAkuakulturMikrob yang berkemampuan untuk menyebabkan penyakit apabila ketahanan sistem imun ikan merosot. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti persekitaran yang terganggu, bahan kimia atau jangkitan penyakit lain.
dermatophytedermatofitHerbaFitoterapiKulat patogen yang tumbuh pada kulit, rambut, kuku dan permukaan badan yang lain.
septicemiaseptisemiaKejururawatanTiadaKehadiran patogen atau toksinnya dalam peredaran darah.
1234

Kembali ke atas