kelir | kelir | Kesusasteraan | Tiada | Tabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |
alabaster | alabaster | Kesenian | Hiasan Dalaman | Mineral batu putih yang lembut yang sering digunakan untuk membuat ukiran arca patung dan bahan perhiasan. Hasil ukiran batu ini banyak terdapat di Derbyshire, selatan England yang dibina sebagai pagar altar di dalam gereja dan juga digunakan sebagai bahan dekoratif pada bangunan. Di Itali, batu ini dikenali sebagai marmar Florentine yang sangat putih bagi menghasilkan pasu kecil dan arca patung kecil. |
kuda kepang | kuda kepang | Kesusasteraan | Tiada | Tarian yang menggunakan patung kuda anyaman. Tarian ini terdapat di negeri Johor dan dikenali juga dengan nama kuda lumping, jaran kepang atau ebeg. Tarian ini melibatkan antara 9 � 13 penari termasuk seorang ketua yang dikenali sebagai Danyang. Tarian ini boleh menyebabkan penari tidak sedar atau lupa diri. Sebelum memulakan persembahan, bomoh atau ketua kumpulan membaca jampi serapah dan menghadiahkan sajian kepada semangat kuda dan semangat pekarangan. Penari kuda kepang diiringi oleh kumpulan muzik yang mengalunkan muzik, iaitu angklung, gendang bujur dua muka, sebiji jidor dan gong. Tarian kuda kepang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan tarian menunggang kuda dan bahagian kedua bermula apabila penari mula masuk dalam keadaan lupa diri. Pada bahagian kedua, pergerakan penari mula dikawal oleh sesuatu kuasa ghaib. Kuda kepang berasal dari jawa dan diperkenalkan oleh Wali Songo untuk menyebarkan syiar Islam. |
dalang | dalang | Kesusasteraan | Tiada | Tukang cerita yang menyampaikan dialog, menyanyi dan menggerakkan patung dalam persembahan wayang kulit. Dalang juga bertindak selaku pemimpin atau pengarah muzik yang mengiringi keseluruhan persembahan wayang kulit. |
acroterion | akroterion | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk binaan asas yang rata, digunakan sebagai tapak arca patung atau alas tiang. Binaan asas ini biasanya diletakkan pada bahagian puncak atau bucu bangunan seperti gaya zaman klasik. |
acropodium | akropodium | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bentuk binaan tiang yang tinggi atau tapak sebagai alas untuk mempamerkan arca patung pada zaman klasik, yang dihiasi dengan hiasan mewah. |
epigraphy | epigrafi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang prasasti, iaitu tulisan kuno yang terdapat pada batu atau logam. Kajian berkaitan dengan sesuatu penghormatan terhadap adat budaya, undang-undang atau kepercayaan agama. Biasanya, prasasti terdapat pada bangunan istana, kuil, batu nisan, tugu, patung dan sebagainya. Kajian epigrafi penting sebagai salah satu sumber asas untuk mengetahui sejarah peradaban dan tamadun manusia masa lampau. Bidang kajian epigrafi menjadi bidang utama bagi ahli antropologi, filologi dan ahli sejarah kaji purba. Contohnya di Nusantara kajian epigrafi sangat penting dalam memahami sejarah dan budaya hidup manusia zaman pra-Islam, khususnya dalam periode Hindu-Buddha, diikuti dengan zaman awal kedatangan agama Islam. Dalam konteks sejarah kesusasteraan Melayu, kajian epigrafi melibatkan kajian terhadap batu bersurat sebagai bukti awal tentang pengetahuan bahasa, sistem tulisan, kedatangan Islam dan sebagainya. Contohnya, kajian terhadap Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), Batu Bersurat Minye Tujuh (Aceh), dan Batu Bersurat Terengganu. Kajian epigrafi juga banyak dilakukan terhadap tulisan yang terdapat pada batu nisan lama. Tujuannya untuk mengetahui sejarah seseorang tokoh atau tentang unsur-unsur Islam. Kajian epigrafi terhadap tulisan yang terdapat pada dinding kuil atau tugu pula memberikan banyak maklumat tentang sejarah sesuatu tempat, adat-istiadat, undang-undang, kata-kata hikmat dan sebagainya. Epigrafi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �bertulis di atas sesuatu�. |