Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[paul] | ڤاءول

Definisi : ark 1. (Sunda) warna biru; 2. Jk orang yg tidak senonoh (kurang adat, tidak sopan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absurdabsurdKesusasteraanTiadaAliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�.
representationrepresentasiKesusasteraanTiadaProses membina dan menyampaikan makna melalui bahasa. Bahasa tidak bersifat lut sinar dan neutral kerana bahasa membawa ideologi dan menyiratkan nilai budaya penulis. Oleh itu, bahawa diwarnai oleh faktor seperti kelas, ras, dan gender. Representasi berubah mengikut faktor ini yang mempengaruhi penulis. Pemikiran tentang sifat bahasa ini juga mempengaruhi pengkritik sastera seperti Paul de Man, J. Hillis Miller yang mengemukakan tafsiran mereka. Proses ini juga merujuk kepada seni visual dan seni persembahan drama atau teater. Dalam kedua-dua bidang seni ini, media ekspresi seperti gerakan, bunyian, dan lakaran dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas.
dramatic structurestruktur dramatikKesusasteraanTiadaStruktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini.
theatre of the absurdteater absurdKesusasteraanTiadaTeater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd.
existentialismeksistensialismeKesusasteraanTiadaFahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang.

Kembali ke atas