Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.ya.pa.ya] | ڤايا٢

Definisi : ark air ludah sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata paya-paya

Puisi
 

Jika puan pergi ke paya,
     Jangan ke paya dengan Cik Siti;
Jika tuan kurang percaya,
     Saya rasa berkecil hati.


Lihat selanjutnya...(95)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brackish water fishikan air payauPerikananAkuakulturIkan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 ­– 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak.
vegetationvegetasiHerbaTiadaKeseluruhan kepelbagaian tumbuhan atau tanaman di dalam satu kawasan. Contohnya, vegetasi hutan paya dan belukar.
Ludwigia sp.Ludwigia sp.PerikananAkuakulturTumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya dan boleh hidup di dalam air. Daun tumbuh-tumbuhan ini berada di luar air dan bersaiz antara 0.5 – 2.0 cm panjang dengan 0.25 cm lebar. Daun yang berada di dalam air lebih panjang dan nipis berbanding dengan daun yang berada di luar air. Antara jenis Ludwigia sp. ialah Ludwigia sedioides, Ludwigia arcuata, Ludwigia brevipes, Ludwigia grandulosa, Ludwigia inclinata, Ludwigia ovalis, Ludwigia palustris dan Ludwigia repens.
Cyperus haspenCyperus haspenPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus haspen ini juga dikenali sebagai ‘Dwarf Papyrus’. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Cyperus haspen boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 0.2 – 0.6 m. Cyperus haspen ini juga kelihatan seperti payung.
Cyperus helferiCyperus helferiPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Cyperus helferi ini mempunyai daun seperti daun lalang yang boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 20 – 30 cm dan roset selebar 15 – 25 cm.
Cyperus papyrusCyperus papyrusPerikananAkuakulturTumbuhan timbul daripada Cyperus sp. yang tumbuh banyak di kawasan paya. Keratan rentas batangnya berbentuk segi tiga dan di hujung batangnya mempunyai cabang-cabang batang yang halus dan berbunga. Jambangan bunganya bersaiz 10 – 30 cm. Cyperus papyrus juga boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 4 – 5 m. Penduduk Mesir Purba menggunakan Cyperus papyrus untuk membuat kertas, bakul, bot, selimut, selipar dan ubat-ubatan.
reedmensiangKesenianHiasan Dalaman1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet.
Eriocaulon sp.Eriocaulon sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Eriocaulon sp. dikenali juga sebagai Pipewort yang mempunyai bunga berbentuk bola di hujung tangkai bunganya. Dua jenis Eriocaulon sp. yang sering dijadikan tumbuhan akuarium ialah Eriocaulon cinereum dan Eriocaulon setaceum.
Lindernia sp.Lindernia sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tumbuh-tumbuhan ini dapat menyesuaikan diri untuk hidup tenggelam di dalam air. Salah satu jenis Lindernia sp. ialah Lindernia rotundifolia.
Cyperus sp.Cyperus sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tumbuh banyak di kawasan paya. Antara contoh Cyperus sp. ialah Cyperus helferi, Cyperus haspen dan Cyperus papyrus.
12

Kembali ke atas