brackish water fish | ikan air payau | Perikanan | Akuakultur | Ikan yang hidup di persekitaran paya bakau dan muara sungai pada tahap kemasinan 0.5 – 30 ppt. Contoh ikan air payau ialah ikan siakap dan ikan jenahak. |
viral nervous necrosis | nekrosis saraf virus | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan air payau dan laut yang disebabkan oleh virus daripada famili Nodaviridae. Ikan yang dijangkiti penyakit ini akan menunjukkan tanda-tanda seperti berenang berpusing-pusing. Nekrosis saraf virus boleh mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi semasa di peringkat larva dan juvana. |
scale drop disease | penyakit sisik tanggal | Perikanan | Akuakultur | Penyakit pada ikan air payau dan air laut yang disebabkan oleh bakteria atau virus yang mengakibatkan sisik ikan tertanggal. |
seagrass | rumput laut | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di kawasan dasar laut yang cetek atau di kawasan air payau. Rumput laut mempunyai daun berwarna hijau yang berbentuk seperti rumput, mempunyai akar, batang, daun, bunga dan biji benih. Rumput laut juga penting kerana menjadi tempat perlindungan dan makanan kepada pelbagai haiwan laut seperti ikan, ketam, penyu, kuda laut, dugong dan mamalia laut. |
edwardsiellosis | edwardsielosis | Perikanan | Akuakultur | Penyakit ikan yang disebabkan oleh bakteria Edwardsiella sp. Penyakit ini menyerang ikan air tawar, ikan air payau dan ikan air masin. Gejala penyakit adalah berbeza antara satu spesies dengan spesies yang lain. Antara contoh gejalanya ialah ikan berenang berpusing-pusing, ikan berkeadaan lemah, timbul ulser yang kecil pada badan atau septisemik dan pembentukan abses, serta perdarahan pada sirip. |
salt marsh | rawang garam | Sains Marin | Tiada | Ekosistem pesisir di zon atas kawasan pasang surut pesisir di antara daratan dan air laut terbuka atau air payau. Kawasan ini sentiasa digenangi air ketika arus pasang. Ekosistem rawang garam didominasi oleh tumbuhan yang tahan masin seperti pokok herba, rumput dan tumbuhan renek. Kehadiran tumbuhan daratan penting untuk kestabilan rawang garam kerana memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang garam memainkan peranan yang utama dalam jaringan makanan akuatik dan penyebaran nutrien ke perairan pesisir selain memberi perlindungan kepada pantai. |
epizootic ulcer syndrome (EUS) | sindrom ulser epizootik (EUS) | Perikanan | Akuakultur | Sejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh kulat, Aphanomyces invadans yang menjangkiti ikan air tawar dan air payau. Penyakit ini bermula dengan bintik merah pada badan ikan dan berkembang menjadi ulser serta pendarahan di lokasi jangkitan. Pada peringkat akhir jangkitan, tisu mati dapat dilihat. |