Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan tidak bersatu padu (huru-­hara, kacau-bilau dsb) sehingga boleh mem­bawa kpd kehancuran, keruntuhan dsb sesuatu institusi (masyarakat, keluarga dsb): ~ boleh berlaku dlm sebuah masyarakat disebabkan oleh fahaman politik yg berlainan; ayah sekali-kali tidak mahu menjadi punca yg menimbulkan ~ sesama sendiri yg buruk padahnya nanti; berpecah belah 1. bercerai-berai, tidak ber­satu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar­-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mang­kuk dll); memecah-belahkan menyebabkan jadi pecah belah, menjadikan bercerai-berai: mereka bertujuan hendak ~ perpaduan antara kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah belah

Puisi
 

Banyak belah pecah seratus,
     Nampak berbalam di hutan lipur,
Demi Allah sumpah putus,
     Sudah digenggam masakan lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Raga menanti pecah.

Bermaksud :

Perkara kecil yang akan menimbulkan bencana yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak menanti [= mencari, tanda akan] belah [= pecah]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cultural fissionpecah-belah budayaGeografiTiadaTiada
broken familykeluarga pecah-belah; keluarga porak-perandaKependudukanTiadaTiada
broken familykeluarga pecah-belahSosiologiTiadaTiada
broken familykeluarga pecah-belahSosiologiTiadaTiada
broken homerumah tangga pecah-belahPendidikanTiadaTiada
broken homerumah tangga pecah-belahSosiologiTiadaRumah tangga yang suami atau isterinya telah bercerai , bergaduh atau meniggalkan keluarga.
broken homerumah tangga pecah-belahPsikologiTiadaTiada
community disorganisationserak-berai komunitiSosiologiTiadaKeadaan kehidupan masyarakat yang pecah-belah atau porak-peranda.
crackrekahan; retakanPentadbiran PerniagaanTiada1. Rekahan: Rekah yang memanjang dan terbuka seperti pada kulit buah-buahan.,2. Retakan: Garis yang nampak pada benda keras seperti pinggan yang menunjukkan akan pecah atau belah.
nose bargalang penekanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPalang logam yang terletak di hadapan mata pisau pengupas atau penghiris venir. Galang pengimbang digunakan untuk memberi daya mampatan kepada permukaan balak dan mengurangkan pecah atau belah pada kepingan venir. Sin: galang penekan.

Kembali ke atas