Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.cu.tan] | ڤچوتن

Definisi : 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecutan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accelerationpecutanSains SukanBiomekanikKadar perubahan halaju berdasarkan jangka masa tertentu. Pecutan ditentukan berdasarkan formula yang berikut: pecutan = (halaju akhir � halaju awal)/masa a = (v-u)/t dengan, a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal t = masa Unit SI bagi pecutan ialah m/s2. Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju (malar) dalam gerakannya. Pecutan malar berlaku jika perubahan halaju adalah seragam. Apabila pecutan bernilai positif, halaju objek akan bertambah, dan apabila pecutan bernilai negatif, halaju objek berkurang.
law of accelerationhukum pecutanSains SukanBiomekanikHukum Newton Kedua yang berkaitan dengan pergerakan. Hukum ini menyatakan bahawa pecutan berkadar terus dengan daya dan berkadar songsang dengan jisim. Perkaitan antara pecutan jisim dan daya dinyatakan sebagai: F = ma atau F = mg iaitu, F = daya, m = jisim, a = pecutan, g = pecutan graviti
constant-acceleration camsesondol pecutan malarKejuruteraanTiadaSesondol yang digunakan untuk mengehadkan pecutan dan nyahpecutan pengikutnya, dengan pengikut mengalami pecutan malar untuk setengah pertama kembaranya dan nyahpecutan malar untuk setengah kedua kembaranya.
centrifugal accelerationpecutan sentrifugalSains SukanBiomekanikPecutan ke arah luar pusat rotasi bagi satu jasad yang berputar.
centripetal accelerationpecutan sentripetalSains SukanBiomekanikPecutan ke arah dalam pusat rotasi bagi satu jasad yang berputar.
uniform accelarationpecutan seragamSains SukanBiomekanikPecutan yang dialami oleh jasad dalam keadaan jatuh bebas, yang dipengaruhi oleh daya graviti dan rintangan udara sahaja.
radial accelerationpecutan radialSains SukanBiomekanikKomponen pecutan bersudut yang mengarah ke pusat lengkok.
accelerometerakselerometerFizikNanoteknologiPeranti yang mengukur pecutan, kecondongan atau kesan graviti. Terdapat pelbagai jenis peranti akselerometer bergantung pada komponen utamanya seperti filem piezo, mikroelektromekanik (MEMS) dan nanoelektromekanik (NEMS). Akselerometer yang menggunakan teknologi MEMS, digunakan dalam industri automotif untuk mengesan pelanggaran dan penggelembungan beg udara. Sinonim gravimeter, meter pecutan.
decelerationlambatanSains SukanBiomekanikKadar perubahan halaju yang bersifat negatif kerana nilai halaju akhir lebih rendah daripada nilai halaju awal. Lambatan juga dikenali sebagai pecutan yang bersifat negatif. Lihat juga pecutan.
accelerometermeter pecutanFizikNanoteknologiLihat akselerometer.
123

Kembali ke atas