Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) | Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Satu kerangka kerja yang menunjukkan tiga (3) pengetahuan persilangan tabii yang perlu dikuasai oleh seseorang pengajar bagi mencapai pengajaran yang berkesan. TPACK terbentuk hasil daripada persilangan tiga (3) pengetahuan, iaitu pengetahuan teknologi (TK), pengetahuan pedadogi (PK) dan pengetahuan kandungan (CK). Selain itu, terdapat terbitan tiga (3) pengetahuan persilangan, iaitu pengetahuan teknologi pedadogi (TPK), pengetahuan teknologi kandungan (TCK), pengetahuan pedagogi kandungan (PCK). |
pedagogy | pedagogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bidang ilmu yang berkaitan dengan teknik pengajaran yang merangkumi cara penyampaian kandungan pembelajaran, pelaksanaan aktiviti pembelajaran dan interaksi bersama-sama pelajar. |
learning experience design (LXD) | reka bentuk pengalaman pembelajaran (LXD) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu proses merancang langkah pelaksanaan pengalaman pembelajaran pelajar. Proses ini melibatkan gabungan disiplin reka bentuk pelajaran, sains neuro, psikologi kognitif, sains sosial, pedagogi pengajaran dan pemikiran reka bentuk. Hasil LXD memerihalkan aktiviti pengalaman pembelajaran (LX) yang membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Lihat juga pengalaman pembelajaran (LX). |
curriculum planning | perancangan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses merancang pembinaan kurikulum atau keterlibatan pelajar secara terancang dan penentuan arah tuju struktur kursus atau pembelajaran dalam sesuatu program pengajian. Proses kompleks ini melibatkan penentuan hasil pembelajaran, pentaksiran, kandungan dan keperluan pedagogi bagi kejayaan seseorang pelajar. |