nervine | nervin | Herba | Tiada | Herba yang menenangkan dan menyuburkan sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, serai dan lavender. |
nervine | nervin | Herba | Tiada | Herba yang menenangkan, menenteramkan dan memelihara sistem saraf. Contoh herba ini ialah pegaga, black cohosh, lobelia, kamomil dan sarsi. |
opthalmic | optalmik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan merawat penyakit mata. Contoh herba ini ialah lobak merah, tomato dan pegaga. |
antiarteriosclerosis | antiarteriosklerosis | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang menghalang atau mengurangkan kekerasan, ketebalan atau kekenyalan dinding arteri. Contohnya, ekstrak pegaga (Centella asiatica) yang bersifat antiarteriosklerosis. |
medicinal plant | tumbuh-tumbuhan berubat | Herba | Tiada | Tumbuh-tumbuhan liar atau tanaman ladang yang digunakan untuk tujuan perubatan. Contohnya, pegaga, patawali, serai wangi, mas cotek, tongkat ali dan pokok pulai. |
antisyphilitic | antisifilis | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang mencegah atau merawat sifilis yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Contohnya, ekstrak daun pegaga (Centella asiatica) atau daun gelenggang (Senna alata) yang bersifat antisifilis. |
antivenom | antivenom | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang meneutralkan bisa atau racun daripada gigitan ular atau serangga berbisa. Contohnya, ekstrak pegaga(Centella asiatica) yang bersifat antivenom. |
squeezing | pemerahan | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan cecair atau jus daripada bahan herba segar. Contohnya, pemerahan jus limau kasturi dan jus pegaga. |
stoloniferous herb | herba berstolon | Herba | Pemiawaian | Herba yang mempunyai batang sisi yang memanjang dan menghasilkan anak baharu serta menjalar. Contohnya, kesum (Polygonum minus), pegaga (Centella asiatica) dan patawali (Tinospora crispa). |
appetizer | pembuka selera | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia). |