demand letter | surat tuntutan | Pengurusan | Tiada | Surat daripada peguam bagi pihak klien untuk menggariskan pertikaian antara dua pihak yang bertentangan dan menuntut penerima surat tersebut mengambil atau menghentikan tindakan tertentu. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
habeas corpus | habeas corpus | Sains Politik | Politik Perbandingan | Prosedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga. |
human rights | hak asasi manusia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi. |
middle class | kelas menengah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan. |