Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak, kaku: gambar ~; memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. ki menyebabkan seseorang terpegun (kerana terpikat, kagum dsb): ada yg benar-benar dapat ~ tetamu dgn suaranya; kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya ~ para pendengar; terpegun kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga; keterpegunan keadaan terpegun: ~ seorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.gun] | ڤݢون

Definisi : tidak bergerak: keadaan ~. memegunkan menyebabkan pegun. terpegun tercegat serta tidak dpt berkata apa-apa kerana terperanjat dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegun
Kata Terbitan : terpegun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stall warningamaran pegunAeroangkasaTiadaSatu peranti yang memberi amaran kepada juruterbang apabila penerbangan menghampiri keadaan pegun supaya bertindak untuk mengelakkan pegun berlaku.
chromatographykromatografiHerbaTiadaKaedah, pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Kromatografi melibatkan dua fasa iaitu fasa pegun dan fasa gerak. Fasa pegun terdiri daripada pepejal seperti silika, alumina, selulosa dan sebagainya, atau cecair yang disokong oleh pepejal atau gel. Fasa ini sama ada dipadatkan dalam turus, disebarkan dalam bentuk lapisan dan filem, atau sebagainya. Fasa gerak pula terdiri daripada sama ada cecair atau gas. Mod pemisahan iaitu penjerapan, partisi, pertukaran ion dan eksklusi saiz bergantung pada sifat fizikokimia bahan kimia. Contoh teknik kromatografi ialah kromatografi lapisan nipis, kromatografi kertas, kromatografi cecair prestasi tinggi, kromatografi gas, kromatografi cecair superkritikal dan elektroforesis.
column chromatographykromatografi turusHerbaPemiawaianKromatografi yang menggunakan fasa pegun, seperti serbuk alumina atau silika di dalam turus kaca, dan fasa geraknya ialah pelarut cecair yang dimasukkan ke dalam turus setelah dimasukkan campuran yang akan dianalisis. Penjerapan berpilih komponen campuran tersebut akan berlaku di sepanjang fasa pegun. Kaedah ini digunakan untuk mengasingkan sebatian kimia andrografolida dalam ekstrak hempedu bumi (Andrographis paniculata).
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)MatematikTiadaTiada
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
stationary phasefasa pegunBioteknologiTiada1. Bahan padatan atau penyokong berdebu, bergel, atau berbentuk kepingan untuk memisahkan bahan yang diingini dalam kromatografi. 2. Peringkat ketiga pertumbuhan mikroorganisma apabila bilangan sel hidup menjadi tetap kerana bilangan yang baru terbentuk adalah sama dengan bilangan yang mati.
freeze dancetarian pegunUmumTiadaPermainan yang memerlukan seseorang menari mengikut muzik dan menjadi kaku apabila muzik dihentikan.
solid-state buttonbutang pegunTeknologi MaklumatTiadaButang yang tidak bergerak atau berubah kedudukan secara fizikal tetapi memberikan reaksi apabila permukaan butang tersebut disentuh atau ditekan.
anaglyphanaglifFizikNanoteknologiGambar bergerak atau pegun bagi objek yang mempunyai dua perspektif yang hampir berbeza warna dan bersuperposisi antara satu dengan lain. Gambar berbentuk tiga dimensi akan terhasil apabila dipandang melalui dua penuras warna yang berpadanan dengan perspektif tersebut.
psychological refractory periodtempoh refraktori psikologiSains SukanBiomekanikTempoh pegun ketika sistem saraf memproses dua jenis rangsangan yang mempunyai maklumat sensori, yang mewujudkan konflik antara satu sama lain.
1234

Kembali ke atas