Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.jal] | ڤجل

Definisi : keras dan padat, tidak berongga dalam­nya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadat­kan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.jal] | ڤجل

Definisi : tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pejal (adjektif)
Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat, sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;,
Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cantileverkantileverFizikNanoteknologiPalang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon.
urineair kencingBiologiTiadaCecair yang dikumuhkan daripada ginjal mamalia, perkumuhan pejal atau semipejal pada burung dan reptilea.
chemical vapour depositionpemendapan wap kimiaFizikNanoteknologiProses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.
casting processproses tuanganTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKaedah dalam proses pembuatan yang dihasilkan apabila bahan cecair logam pada suhu tinggi dituangkan ke dalam acuan yang mengandungi rongga dengan bentuk yang dikehendaki dan dibiarkan menyejuk. Bahan pejal yang terhasil melalui proses ini dikenali sebagai tuangan setelah bahan tersebut dikeluarkan dari acuan atau acuan dipecahkan.
saponitesaponitFizikNanoteknologiGalian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu.

Kembali ke atas