combination pack | pek gabungan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dua atau lebih produk herba yang dibungkus bersama-sama untuk dipasarkan. Produk-produk ini terdiri daripada produk berdaftar dan perlu didaftarkan semula sebagai produk tunggal yang dikelaskan sebagai pek gabungan. Sekiranya suatu produk pek gabungan terdiri daripada produk berdaftar yang dimiliki oleh pemilik yang berbeza, surat kebenaran daripada pemilik setiap produk tersebut perlu diserahkan untuk pendaftaran berserta dengan butiran produk, iaitu nama produk dan nombor pendaftaran produk. |
starter pack | pek pemula | Umum | Tiada | Tiada |
starter pack | pek pemula | Umum | Tiada | Set kelengkapan seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, sejadah dan lain-lain untuk menjalankan aktiviti tertentu dalam norma baharu. |
minor variation | variasi kecil | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perubahan kecil pada produk berdaftar yang tidak menjejaskan kualiti, keselamatan, keberkesanan dan manfaat yang dinyatakan. Contohnya perubahan pada nama, logo, alamat dan saiz pek produk. |
registered product | produk berdaftar | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk dipasarkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Produk berdaftar mempunyai dua ciri utama, iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang perlu dipamerkan pada setiap pek pembungkusan produk herba. |
packaging material | bahan pembungkusan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan yang digunakan untuk membungkus sesuatu bahan atau produk herba dan kosmetik termasuklah bahan pembungkusan yang digunakan untuk tujuan pengangkutan atau penghantaran. Bahan pembungkusan terdiri daripada dua jenis, iaitu primer dan sekunder. Contoh bahan pembungkusan primer seperti botol, tiub, paket, uncang dan pek gelembung yang bersentuhan secara langsung dengan produk. Contoh bahan pembungkusan sekunder seperti kotak dan karton yang digunakan untuk membungkus setiap unit produk. |
packaging material | bahan pembungkusan | Herba | Tiada | Bahan yang digunakan untuk membungkus sediaan herba seperti botol, penutup, vial, kotak, karton dan sebagainya. Bahan pembungkusan boleh dibuat daripada bahan kaca, plastik, kertas, tin dan foil aluminium. Terdapat dua jenis bahan pembungkusan, iaitu primer dan sekunder. Pembungkus primer ialah bahan yang bersentuhan secara langsung dengan sediaan herba seperti botol, penutup, vial, ampul, kelongsong, uncang dan pek blister. Pembungkus sekunder seperti kotak dan karton ialah bahan yang membungkus pembungkusan primer. |