reflection coefficient | pekali pantulan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Parameter untuk mengukur peratus tenaga yang dipantulkan akibat interaksi antara gelombang bunyi dengan bahan. Apabila gelombang bunyi bertemu dengan sempadan dua media, sebahagian tenaga bunyi akan dipantulkan yang dikenali sebagai pekali R. Pekali R diberikan formula seperti yang berikut: Pekali pantulan, R = 1 - (4Z1Z2/(Z1 + Z2 )^2, Dengan Z1 dan Z2 ialah impedan akustik dalam dua bahan berbeza. Lihat juga pemantul, pekali penghantaran. Jadual menunjukkan nilai pekali pantulan R pada sempadan antara medium-medium yang berbeza. Contohnya antara aluminium dengan air, pekali pantulan ialah 72. Ini bermaksud 72% gelombang bunyi dipantul semula ke dalam aluminium yang terendam dalam air. |
transmission coefficient | pekali penghantaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Parameter untuk mengukur peratus tenaga yang dihantar akibat interaksi antara gelombang bunyi dengan bahan. Apabila gelombang bunyi bertemu dengan sempadan dua media, sebahagian tenaga bunyi akan dihantar yang dikenali sebagai pekali T. Pekali T diberikan formula seperti yang berikut: Pekali penghantaran, T = (4Z1Z2/(Z1 + Z2 )^2, Dengan Z1 dan Z2 ialah impedan akustik dalam dua bahan berbeza. Lihat juga pekali pantulan. |
coefficient of lift | pekali angkatan | Sains Sukan | Biomekanik | Nombor tanpa unit yang menunjukkan kebolehan jasad untuk menjana angkatan ketika melalui bendalir. Nilai pekali bergantung pada bentuk jasad dan sudut tumpu. |
coefficient relationship | pekali perhubungan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ukuran darjah perhubungan biologi antara dua haiwan. Semakin dekat hubungan biologi dua haiwan itu, semakin tinggi pekali perhubungannya. Contohnya, hubungan anak dengan bapa ialah 50% manakala hubungan cucu dengan datuk ialah 25%. |
coefficient of friction | pekali geseran | Sains Sukan | Biomekanik | Nombor tanpa unit yang menjadi petunjuk kepada interaksi antara dua jasad yang bersentuhan. Interaksi yang menentukan nilai pekali geseran bergantung pada jenis dan luas permukaan serta daya tindakan. |
attenuation coefficient | pekali pengecilan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena pengecilan yang terjadi apabila sinaran pengionan berinteraksi dengan bahan sehingga keamatan yang awal menjadi kurang apabila menembusi bahan tersebut. Pengecilan berlaku disebabkan oleh tindak balas kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, dan penghasilan berpasangan. Pekali pengecilan linear boleh diterangkan melalui formula seperti yang berikut: I = I0e^μx, Dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, I0 ialah keamatan awal, μ ialah pekali pengecilan linear, dan x ialah ketebalan bahan. Lihat juga kesan fotoelektrik, penyerakan Compton, penghasilan berpasangan. |
absorption coefficient | pekali serapan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ukuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan μ ialah pekali serapan. |
coeffiicient of inbreeding | pekali pembiakbakaan seturunan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kebarangkalian dua gen di lokus pada setiap haiwan adalah sama melalui keturunan dari leluhur yang sama kedua-dua ibu bapa. Kadar kebarangkalian satu haiwan mewarisi dua salinan alel yang sama daripada satu keturunan ialah 0% hingga 100%. Pekali pembiakbakaan seturunan adalah tinggi sekiranya pembiakan berlaku antara dua haiwan bersaudara dekat. Contohnya seekor lembu betina dikacukkan dengan bapanya. |
selectivity coefficient | pekali kepilihan | Kimia | Kimia Analisis | Indeks yang menentukan gerak balas relatif kebolehan memilih ion tertentu daripada ion-ion lain. Gerak balas relatif sesuatu elektrod terhadap suatu ion (B) terhadap ion yang dikaji (A), pada kepekatan yang sama |
diffusion coefficent | pekali pembauran | Kimia | Kimia Analisis | 1. Pernyataan keupayaan pembauran suatu zat terlarut di dalam fasa bergerak (dalam teknik kromatografi). Keupayaan atau kadar pembauran yang tinggi dalam fasa bergerak akan menyebabkan jalur zat terlarut terserak secara paksian di sepanjang turus dan ini mengakibatkan pelebaran puncak. 2. Berat sesuatu bahan dalam gram yang tersebar dalam kawasan seluas 1 cm persegi dalam satu saat dalam unit kecerunan kepekatan. |