job rotation | pusingan kerja | Pentadbiran | Tiada | Kaedah daripada rancangan pengurusan untuk memindahkan atau menukarkan pengurus dan pekerja-pekerja lain buat sementara daripada satu tugas ke satu tugas yang lain dalam organisasi untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang luas. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |
guild socialism | faham sosialis perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan. |
employee insurance | insurans pekerja penting | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan. |
Marxism-Leninism | faham Marx-Lenin | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme. |
quiet firing | pemecatan senyap | Pentadbiran | Tiada | Situasi dalam pekerjaan apabila majikan mewujudkan keadaan persekitaran kerja yang tidak kondusif dan menyusahkan pekerja sehingga menyebabkan pekerja membuat keputusan untuk berhenti kerja atas kerelaan sendiri. |
workplace victimization | pemangsaan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar. |
decruitment | pengurangan pekerja | Pentadbiran | Tiada | Pengurangan pengambilan pekerja oleh sesebuah organisasi. |
staff attrition | susutan pekerja | Ekonomi | Tiada | Kehilangan pekerja melalui proses semula jadi, seperti persaraan, peletakan jawatan, jawatan, kesihatan diri atau sebab lain yang seumpamanya. |
employee fraud | fraud pekerja | Undang-undang | Tiada | Perbuatan menipu oleh pekerja dengan sengaja berbohong, menipu atau mencuri daripada syarikat dengan niat untuk mendapatkan faedah atau pampasan. |