Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ti] | ڤکرتي

Definisi : 1. = budi ~ perangai, kelakuan, tabiat: iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal; 2. perbuatan (kurang baik): ia pun sangat marah mendengar ~ anaknya; berpekerti mempunyai pekerti: dia cuba membentuk sebuah masyarakat yg bersopan dan ~ mulia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ti] | ڤکرتي

Definisi : 1 = budi ~ cara berlaku terhadap orang lain; tingkah laku; perangai: Iman yg sempurna dan ~ yg baik itulah yg kekal. 2 perbuatan yg kurang baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pekerti

Peribahasa

Daunnya jatuh melayang,
     buahnya jatuh ke pangkal juga.

Bermaksud :

Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dental ethicsetika pergigianPerubatanTiadaUndang-undang dan prinsip yang menjadi asas tabiat dan budi pekerti seorang profesional dalam bidang pergigian.
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.


Kembali ke atas